like this BLOG ?

Thursday, June 27, 2013

'COVERING' OUR AURAT - KAKI

 Ramai yang pandang remeh pasal aurat kaki kan? sama jugak macam aku dulu ...

orang cakap kaki tu aurat ,pakai laa stokin kaki ..
aku cakap mane ade ,ramai je orang tak pakai sarung kaki .

Sehinggalah 2 tahun lepas *lepas stpm* ,aku diuji oleh-NYA.. tapak kaki aku tibe-tibe tumbuh sejenis penyakit ..
*orang panggil ketuat*.
aku tak pasti ye ke tidak penyakit tu kena kat aku..
Mula-mula kecil ,lepas tu macam dah merebak ,makin banyak...aku nak berjalan memang sakit ,takleh nak pijak mende-mende keras .atas carpet je boleh..selipar pun kene pakai yang lembut je..jalan atas lantai pun kadang-kadang terasa sakitnya..bila jalan ,mesti terhenjut-henjut.maluu sangat mase tu ..macam-macam jenis ubat aku pakai ,losyen pun sapuu jugak ..tapi tak jadi apa-apa pun.
Segala petua mak nenek aku search kat internet ..ade la jugak try tapi still tak jalan ...dalam fikiran aku,sampai tua ke aku mengidap penyakit ni ...alaaa,malu la nak kawen nanti ..
*pikir kawen jerrr ,HAHA *

Dan 1 hari ,aku terdengar orang cakap pakai stokin boleh rawat kaki jadi bersih ,sihat ...
Lama jugak duk pikir .Last-last pakai la jugak ...sebab pikir pakai stokin boleh kurangkan sakit bila nak pijak lantai ..hehe.
Tapi mase tu aku tak pakai laa stokin panjang ,paras buku lali je ..warna-warni lagi mak..dah macam berpantang pulak rasa .HAHA..tiap masa pakai .tido pakai ,bangun tido pun pakai lagi .. tiap hari aku berdoa supaya diampunkan dosa-dosa dan sembuhkan kaki aku ni.
4 hingga 5 bulan jugak laa aku pakai stokin pendek tu ...tiba-tiba aku rasa macam dah boleh pijak ..
Aku tengok kat tapak kaki aku dah takde apa ,bersih ..segala penyakit tu berkumpul kat tapak kaki aku jadi macam sebiji pasir melekat ,lepas buang pasir tu ...aku dah boleh jalan seperti biasa YA ALLAH...aku dah boleh jalan YA ALLAH ....aku dah sihat sepenuhnya YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....syukurrr sesangat !
Rasa macam nak menangis pun ada.suuuuka sangat time tu ..
Bila dah baik ,aku pun taknak dah pakai stokin ..bila nak keluar esok harinya ,aku tak pakai stokin ...kaki kan dah cantik ...tapi bila tak pakai ,aku rasa sangatt malu ..lebih malu daripada jalan henjut-henjut hari tu.rasa macam aku keluar bertelanjang.
YA ALLAH ,Tuhan je tahu .rase macam nak londehkan je kain ni..sebab nak cover kaki .Uihhh ,tak boleh jadi ni .
Lepas tu ,aku dah buat keputusan untuk meng-cover aurat kaki dengan berstokin.Bukan dengan stokin pendek dah ,tapi stokin panjang ..tak panas pun sebenarnya pakai stokin ni ...tak boleh nak pakai panjang terus takpe ,mulalah dengan stokin pendek-pendek dulu ..mula-mula akan rasa tak biasa .tapi bila dah terbiasa ,akan rasa maluu bila tak pakai ..orang asyik tengok aje kaki kite ..kan? kaki itu aurat sayangg ,berdosa kalau kita dedahkan .masih tak terlambat untuk kita berubah.

gambar hiasan


*’saya’ pulak okey :D*

Apa yang saya nak kongsi ialah Alah Bisa,Tegal Biasa ..saya akan doakan kalian yang ingin berubah akan terus beristiqamah dalam penghijrahan ..Semoga ditetapkan iman.Doakan juga saya supaya sentiasa beristiqamah mencari jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT .

EGONYA SI ANAK

Sungguhpun ketaatan seorang isteri kepada suami mengatasi segalanya,perlukah dia perlakukan begitu terhadap ayahnya sendiri ?
Sungguhpun syurga telah beralih ke tapak kaki suami ,perlukah dia tidak menghiraukan si ayah?
betapa besarnya ego seorang anak terhadap ayah kandungnya ,YA ALLAH..
hatiku turut tersentuh ,terluka ...kerana si ayah diperlaku sebegitu rupa .
apalah yang telah dilakukan si ayah sehingga dilayan begitu ..
Dia langsung tidak menegur walau sepatah mahupun bersalam dengan si bapa ketika  dikunjungi si bapa.Bagaimana agaknya perasaan si bapa yang tua itu ...perkenalkan cucu kepada datuknya tidak dan perkenalkan datuk kepada cucunya sendiri juga tidak.
            hati batukah dia?
            Keras benarkah hati dia?
            tidak tahukah dia pahit getir si bapa ketika besarkan dia dahulu?
Tidak tahukah dia akan dosa dan pahala?
si anak itu seorang guru ,mana mungkin dia tidak tahu .
air muka si ayah mungkin nampak jernih sahaja,akan tetapi hatinya merintih sedih ...
sedih mengenangkan si anak yang perlakukan dia seperti orang luar ,seperti tidak wujud dihadapannya .
mungkin ketika si bapa yang tua itu tiada didunia lagi ,barulah dia tercari-cari kemaafan si ayah.mungkin benar ,setelah barang yang kita miliki itu hilang...barulah kita tahu untuk menghargai ...

semoga timbul kesedaran dalam diri si anak tersebut sebelum waktu sudah tertutup untuk memberi kemaafan kepadanya ....Aamiin..

HATI SEORANG IBU

Seperti biasa setiap hari Jumaat aku akan ke kelas jahitan manik di Empower Kemaman.Dalam kelas tu ,aku lahh yang paling muda ..yang lain semuanya umur lingkungan 25-50 tahun .. cikgu suruh bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.setiap kumpulan hanya 4 orang.Dan salah seorang ahli kumpulan aku ialah seorang ibu ..
Semasa kami semua kusyuk jahit-jahit manik tu ,dia buka cerita pasal anak.Makcik tu cakap ..takutnya semalam tengok video orang bersalin dengan cara pembedahan kat motivasi sekolah anak..ramai budak-budak menangis semalam.insaflah tu kot tengok pengorbanan mak-mak dia,katanya...
Aku yang kusyuk duk tilik manik terus angkat muka..sebab teringat video yang pernah ditunjukkan pada aku dan kawan-kawan masa motivasi kat sekolah lama dulu ..memangg sedih pun ,dengan musik yang touchingg gile tu ..memang boleh nangis laa .aku cakap kat makcik tu “sekejap je insafnye tu makcik.. “..macam aku dulu-dulu jugak ..hehe. *dulu kan budak lagi.*
Makcik tu diam ...tak lama lepas tu,dia cerita lagi..

Makcik : makcik lagi ‘ngam’ dengan anak saudara daripada anak sendiri...

Aku : kenapa macam tu ? *sambil sengeh-sengeh*

Makcik : tak tau lahh ..

Aku : anak makcik perempuan ke lelaki ? umur berapa ?

Makcik :Lelaki perempuan semua ada.Sulong lelaki ,SPM la tahun ni .

Aku : oohh ,mungkin dia rapat dengan ayah dia ... * sekadar menyedapkan hati makcik*

Makcik : takde lah ,dengan ayah dia pun tak rapat jugak..budak-budak sekarang asyik nak
                lebihkan kawan ...

Aku : duduk asrama biasanya macam tu la budak-budak ni ..sebab dah hari-hari
                           jumpa. *sekadar menyedapkan hati makcik*

Makcik : tak duduk asrama pun Asmaa ..

Aku : Dia takde cerita apa-apa dengan makcik ?macam saya ,saya akan cerita apa sahaja 
          masalah yang perlu dikongsi dengan mak ..macam kawan.kalau masa kecil ,
          mak ajar kami cara lain ..bila besar,cara lain ...

Makcik : Ada cerita kadang-kadang tapi bosan .hahahaa *makcik ketawa ,dan aku tak paham
                kenapa dia ketawa..mungkin itu hanya gurauan..aku pun ketawa lah sama.haha *

Makcik : hmm,budak-budak sekarang ni lebih pentingkan kawan daripada
                hati mak ayah dia. Tu yang kita selalu terasa hati dengan dorang ...
                  apa-apa mesti nak kawan dia dulu ...tak fikir dah kita .

       
muka makcik berubah bila dia cakap macam tu ..macam sedih tapi bila tengok aku,dia
tersenyum tawar ..  *sekadar taknak bagi orang tahu dia sedih*
aku terdiam tak tau dah nak kata apa ..hanya membalas senyuman tawarnya.
mungkin hati seorang ibu ini sudah beberapa kali terasa dengan kerenah anaknya
yang lebih mementingkan hati orang luar berbanding hatinya yang
selama ini mengandung,melahirkan,menjaga dan mendidik dia .


Saturday, June 15, 2013

JANJI-JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.



Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit 
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil 
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah 
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh 
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Monday, June 10, 2013

HIJRAHKU

Bismillah-Ar Rahman-Ar Rahim ..

Dengan nama ALLAH SWT ,aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar milikMU.Buat pertama kalinya ,hari ini aku berhijrah dengan mengenakan tudung yang besar dari biasa..Dan orang pertama yang melihat dan memujiku hari ini adalah umi ku sendiri ...TERIMA KASEH UMI :’) 
selama ni duk pakai bawal je.kadang-kadang tu terfikir jugak ,menutup aurat dengan sempurnakah aku bila pakai tudung bawal? banyak kali soalan tu bermain di fikiran.Entah kenapa aku rasa macam tak lengkap.bawal bidang 45’ kan kecik je, nipis pulak tu ..bile duk tengah panas siket ,berbayang habis leher ni haaa .sarung lengan pakai ,stokin pakai tapi berbayang pulak tang leher ..tak sempurna jugak.aku cuba search internet tak lama dulu ,tengok-tengok gambar orang yang pakai tudung labuh ...”cantiknye die”. Bile pergi jalan-jalan ,terserempak pulak dengan yang bertudung labuh ...”cantikknyeee die”..”bilelah pulak aku nak pakai”.Entah wujud entah tak ASMAA ALI yang bertudung labuh..
Niat ada tapi kekuatan tak ada..macam-macam duk fikir,bisikan syaitan belaka.

bila aku kata nak pakai ,syaitan kata ‘nanti susah nak bergaya’.

bila aku kata nak pakai, syaitan kata ‘tunggu laa kontrak kerja mu habis dulu’.

bila aku kata nak pakai,syaitan kata ’susah nak cari tudung macam tu ,pakai bawal pun dah tutup aurat ape’.

# Bila aku kata nak pakai,syaitan kata ’mu kahwin nanti ,pakai laa’.

Sedikit demi sedikit aku termakan jugak kata-kata encik syaitan tu tapi ALHAMDULILLAH ...ALLAH masih ingin memberi aku peluang perbetulkan apa yang salah.

Aku tengok orang pakai tudung labuh comell je ,bergaya bukan apa yang ALLAH nak tapi amalan yang DIA tengok.

kalau nak tunggu aku habis kontrak kerja dulu,entah bila akan habis.syaitan akan terus menghasut..dari 1 kerja ke 1 kerja..peduli apa orang nak kata pakai tudung labuh bila kerja kat tapak projek..yang penting ALLAH akan tengok kita.

susah nak cari bukan masalah,sekarang semua dihujung jari ..CARI. hendak 1000 daya,tak hendak 1001 dalih.dulu pun aku macam tu,aku dah cari tudung tu kat kedai tapi tak ada ..besarnya dugaan.jadi aku batalkan je niat tu.dan semalam tiba-tiba aku rase nak pergi cari tudung lepas habis kerja pukul 5.00petang.redah ‘jem’ pun tak apa ...bila sampai kat kedai tu ,ALHAMDULILLAH ...ada tapi tak banyak dah .last stock ..Aku sempat beli 3 helai je ..kire okey la tu .

kalau nak tunggu kahwin baru nak pakai ,mau aku mati dulu ...jawabnya berdosalah aku.satu lagi ,nak kesian kat suami je ke?nak bagi suami je ke masuk syurga?kat ayah tak kesian ,yang dari kecik jaga kita ? tak nak ke ayah kita masuk syurga sama?tak nak ke?kesiann ayah kitaa ... kata sayang ayah.

Lama aku cari kekuatan untuk berhijab labuh ..lama aku kumpul kekuatan tu ..sampai satu tahap,aku hampir jatuh ke tangan syaitan laknatullah ..tapi ALLAH masih sayang hambanya ini,DIA temukan aku dengan orang-orang yang baik ..DIA temukan aku dengan orang-orang yang sudi nasihatkan aku dikala salah.DIA kurniakan aku ibu bapa yang sangatt baik ..
syukur YA ALLAH.
Istiqamahkanlah aku di jalan lurusMU ini...janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau betulkan ia..aamiin ....