like this BLOG ?

Friday, July 13, 2012

i got it ,yeahh !

bismillahirrahmanirrahim ....

Alhamdulillah  YA ALLAH sebab da makbulkan doa aku ... hampir setiap hari aku berdoa smoga dapat masuk Universiti .ngee ~


akhirnya ...
fuhhh ,legaa yow ....
okey ,nak gtau tu je .ngehehee  .wassalam .

Tuesday, July 10, 2012

kecewa ?


Pernah kita gagal dalam kehidupan? Rasa tak berguna? Rasa terseksa? Rasa sedih yang menggunung tinggi?
come on, move on! stop crying.
Percaya atau tidak, actually selepas kegagalan/kesedihan yang menggunung tinggi, sebenarnya, kegagalan itulah yang mendidik diri. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Ujian itulah yang bakal mendidik dan menjadikan diri seseorang itu hebat. Nak jadi orang hebat? perlulah merasai dulu peritnya berjuang, pedihnya kehidupan. kalau mengeluh saje, don't expect much lah dalam hidup.
Seseorang yang kita lihat, begitu hebat peribadinya. Jangan sangka dia tidak pernah melalui detik-detik kejatuhan dalam dirinya. Malah, kejatuhan itu membuatkan dia kembali berazam untuk mencerahkan kehidupannya. Seseorang yang gembira tertawa ceria, jangan sangka dia sebenarnya pernah menangis setiap hari kerana kekecewaan. Kesedihan itu lalu membangkitkan dirinya sendiri untuk mencorakkan kehidupan yang lebih hebat di masa akan datang.



Anda pernah merasa bagaimana peritnya gagal mendapatkan sesuatu yang kita idamkan? Well actually, Allah sedang mendidik diri kita. Dia tidak memberikan apa yang kita mahu tapi dia memberikan apa yang kita perlu.Jika apa yang kita idamkan itu tidaklah begitu baik buat diri kita, maka Allah berikan kegagalan. Then, apabila kegagalan itu yang kita selalu sedih-sedihkan, bagitahu pada diri sendiri, selepas kesedihan/kekecewaan, Allah akan berikan aku bahagia. This is very true. Membuatkan diri kita berjaya in life. Nak senang-senang je? hello, itu bukan life namanya.


Anda pernah rasa frust bercinta? Peritnya kasih sayang yang bergunung-gunung dibina tapi tidak kesampaian? Itu tandanya, dia bukanlah yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin pandangan sebagai manusia, dialah yang terbaik yang pernah hadir dalam diri kita, but Allah said dia bukanlah yang terbaik buat diri kita. Orang yang terbaik itu hanya muncul setelah bertahun lama kita kecewa dan kesedihan sehingga cinta itu ibarat terpenjara dalam hati. Kita mengeraskan hati agar membutakan cinta biar diri sendiri tidak terpengaruh lagi. Kekecewaan dan kesedihan itulah yang menjadikan diri kita hebat. Keperitan itulah yang menjadikan diri kita tabah setiap hari. Sehingga orang jadi kagum.



Hidup ini ada atas dan bawah. Macam roda. Once kita berada di atas, once kita berada di bawah. Jangan rasa selesa sangat. Kalau kita rasa sekarang kita bahagia, ingatlah suatu hari nanti kita akan diuji dengan kesedihan. Kalau sekarang kita rasa berjaya, ingatlah suatu hari nanti kita akan diuji dengan kegagalan. Hidup ini adalah ujian. Gagal tak bermakna kita gagal selamanya. Sedih tidak bermakna sedih berpanjangan. Sediakanlah ruang untuk kita sendiri menghargai kebahagiaan.



Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi detik-detik kejatuhan? Just think positive. Dekatkan diri dengan Allah. This is the only treatment yang memang sangat success untuk mencantumkan hati yang berkecai. =’) Hanya Allah sahaja yang mempu mencantumkannya kembali. Sangat rugi if kita handle kesedihan kita dengan terus memusnahkan diri, menyakiti diri sendiri dan berkabung terlalu lama. Just remember, kesedihan dan kekecewaan itulah yang menjadi guru dalam kehidupan kita. Kenapa perlu bersedih terlalu lama? Menangis setiap hari itu bukankah akan menyakiti diri sendiri je? Move on.

mantera untuk memikat awek


Musim cuti sekolah sinonim dengan musim orang kahwin, agaknya tak sabar nak ikut jejak kawan-kawan yang dah ada pasangan tu yang duk cari mentera dan doa untuk perempuan suka kat dia tu kut.

Silap masuk blog sungguh la klau singgah kat sini nak cari mentera nak pikat aweks. Kalau doa ayat pengasih tu mungkin boleh dipertimbangkan tuk dikongsi.

Meh sini nak kongsi sikit ilmu cara nak dapat or nak pikat aweks pada yang dah berhajat nak cari pasangan tu baca kat bawah ni ya:


So dah dapat apa yang dicari?



SELAMAT BERAMAL ;)

Sunday, July 8, 2012

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa


Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya.

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong
Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.

Saturday, July 7, 2012

:')




alangkah indahnya bahtera dan perkahwinan jika dikemudi oleh seorang pemuda acuan AL-QURAN ,
seorang pemuda yang berusaha untuk mencontohi kehidupan RASULULLAH SAW ,

seorang pemuda yang bakal menjadi imam kepada ma'mumnya .