like this BLOG ?

Tuesday, July 30, 2013

10 malam terakhir

Alhamdulillah ...terase sangat cepat mase berlalu ...tinggal kurang 10 hari lagi kita akan sambut Aidulfitri .sedih rasanya hati bila Ramadhan kian menjauh . Biarpun ibadah sunatku mcm chipsmore ,kesedihan turut terase ...10 malam terakhir sedikit kecewa kerana tak dapat nak bangun malam seperti diimpikan ..bangun-bangun je dah pukul 5 lebih ..sempat sahur aje laa ..malam tadi Alhamdulillah dengan izin Allah ,aku terjaga dengan alarm phone..biase susah nak dengar.hehe ....tertunailah juge hasrat hati nak solat sunat 2 rakaat untuk umi dan abah ...Ya Allah ,masukkanlah ibu bapaku ke dalam JannahMu...Amib YaRabb .

Thursday, June 27, 2013

'COVERING' OUR AURAT - KAKI

 Ramai yang pandang remeh pasal aurat kaki kan? sama jugak macam aku dulu ...

orang cakap kaki tu aurat ,pakai laa stokin kaki ..
aku cakap mane ade ,ramai je orang tak pakai sarung kaki .

Sehinggalah 2 tahun lepas *lepas stpm* ,aku diuji oleh-NYA.. tapak kaki aku tibe-tibe tumbuh sejenis penyakit ..
*orang panggil ketuat*.
aku tak pasti ye ke tidak penyakit tu kena kat aku..
Mula-mula kecil ,lepas tu macam dah merebak ,makin banyak...aku nak berjalan memang sakit ,takleh nak pijak mende-mende keras .atas carpet je boleh..selipar pun kene pakai yang lembut je..jalan atas lantai pun kadang-kadang terasa sakitnya..bila jalan ,mesti terhenjut-henjut.maluu sangat mase tu ..macam-macam jenis ubat aku pakai ,losyen pun sapuu jugak ..tapi tak jadi apa-apa pun.
Segala petua mak nenek aku search kat internet ..ade la jugak try tapi still tak jalan ...dalam fikiran aku,sampai tua ke aku mengidap penyakit ni ...alaaa,malu la nak kawen nanti ..
*pikir kawen jerrr ,HAHA *

Dan 1 hari ,aku terdengar orang cakap pakai stokin boleh rawat kaki jadi bersih ,sihat ...
Lama jugak duk pikir .Last-last pakai la jugak ...sebab pikir pakai stokin boleh kurangkan sakit bila nak pijak lantai ..hehe.
Tapi mase tu aku tak pakai laa stokin panjang ,paras buku lali je ..warna-warni lagi mak..dah macam berpantang pulak rasa .HAHA..tiap masa pakai .tido pakai ,bangun tido pun pakai lagi .. tiap hari aku berdoa supaya diampunkan dosa-dosa dan sembuhkan kaki aku ni.
4 hingga 5 bulan jugak laa aku pakai stokin pendek tu ...tiba-tiba aku rasa macam dah boleh pijak ..
Aku tengok kat tapak kaki aku dah takde apa ,bersih ..segala penyakit tu berkumpul kat tapak kaki aku jadi macam sebiji pasir melekat ,lepas buang pasir tu ...aku dah boleh jalan seperti biasa YA ALLAH...aku dah boleh jalan YA ALLAH ....aku dah sihat sepenuhnya YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....syukurrr sesangat !
Rasa macam nak menangis pun ada.suuuuka sangat time tu ..
Bila dah baik ,aku pun taknak dah pakai stokin ..bila nak keluar esok harinya ,aku tak pakai stokin ...kaki kan dah cantik ...tapi bila tak pakai ,aku rasa sangatt malu ..lebih malu daripada jalan henjut-henjut hari tu.rasa macam aku keluar bertelanjang.
YA ALLAH ,Tuhan je tahu .rase macam nak londehkan je kain ni..sebab nak cover kaki .Uihhh ,tak boleh jadi ni .
Lepas tu ,aku dah buat keputusan untuk meng-cover aurat kaki dengan berstokin.Bukan dengan stokin pendek dah ,tapi stokin panjang ..tak panas pun sebenarnya pakai stokin ni ...tak boleh nak pakai panjang terus takpe ,mulalah dengan stokin pendek-pendek dulu ..mula-mula akan rasa tak biasa .tapi bila dah terbiasa ,akan rasa maluu bila tak pakai ..orang asyik tengok aje kaki kite ..kan? kaki itu aurat sayangg ,berdosa kalau kita dedahkan .masih tak terlambat untuk kita berubah.

gambar hiasan


*’saya’ pulak okey :D*

Apa yang saya nak kongsi ialah Alah Bisa,Tegal Biasa ..saya akan doakan kalian yang ingin berubah akan terus beristiqamah dalam penghijrahan ..Semoga ditetapkan iman.Doakan juga saya supaya sentiasa beristiqamah mencari jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT .

EGONYA SI ANAK

Sungguhpun ketaatan seorang isteri kepada suami mengatasi segalanya,perlukah dia perlakukan begitu terhadap ayahnya sendiri ?
Sungguhpun syurga telah beralih ke tapak kaki suami ,perlukah dia tidak menghiraukan si ayah?
betapa besarnya ego seorang anak terhadap ayah kandungnya ,YA ALLAH..
hatiku turut tersentuh ,terluka ...kerana si ayah diperlaku sebegitu rupa .
apalah yang telah dilakukan si ayah sehingga dilayan begitu ..
Dia langsung tidak menegur walau sepatah mahupun bersalam dengan si bapa ketika  dikunjungi si bapa.Bagaimana agaknya perasaan si bapa yang tua itu ...perkenalkan cucu kepada datuknya tidak dan perkenalkan datuk kepada cucunya sendiri juga tidak.
            hati batukah dia?
            Keras benarkah hati dia?
            tidak tahukah dia pahit getir si bapa ketika besarkan dia dahulu?
Tidak tahukah dia akan dosa dan pahala?
si anak itu seorang guru ,mana mungkin dia tidak tahu .
air muka si ayah mungkin nampak jernih sahaja,akan tetapi hatinya merintih sedih ...
sedih mengenangkan si anak yang perlakukan dia seperti orang luar ,seperti tidak wujud dihadapannya .
mungkin ketika si bapa yang tua itu tiada didunia lagi ,barulah dia tercari-cari kemaafan si ayah.mungkin benar ,setelah barang yang kita miliki itu hilang...barulah kita tahu untuk menghargai ...

semoga timbul kesedaran dalam diri si anak tersebut sebelum waktu sudah tertutup untuk memberi kemaafan kepadanya ....Aamiin..

HATI SEORANG IBU

Seperti biasa setiap hari Jumaat aku akan ke kelas jahitan manik di Empower Kemaman.Dalam kelas tu ,aku lahh yang paling muda ..yang lain semuanya umur lingkungan 25-50 tahun .. cikgu suruh bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.setiap kumpulan hanya 4 orang.Dan salah seorang ahli kumpulan aku ialah seorang ibu ..
Semasa kami semua kusyuk jahit-jahit manik tu ,dia buka cerita pasal anak.Makcik tu cakap ..takutnya semalam tengok video orang bersalin dengan cara pembedahan kat motivasi sekolah anak..ramai budak-budak menangis semalam.insaflah tu kot tengok pengorbanan mak-mak dia,katanya...
Aku yang kusyuk duk tilik manik terus angkat muka..sebab teringat video yang pernah ditunjukkan pada aku dan kawan-kawan masa motivasi kat sekolah lama dulu ..memangg sedih pun ,dengan musik yang touchingg gile tu ..memang boleh nangis laa .aku cakap kat makcik tu “sekejap je insafnye tu makcik.. “..macam aku dulu-dulu jugak ..hehe. *dulu kan budak lagi.*
Makcik tu diam ...tak lama lepas tu,dia cerita lagi..

Makcik : makcik lagi ‘ngam’ dengan anak saudara daripada anak sendiri...

Aku : kenapa macam tu ? *sambil sengeh-sengeh*

Makcik : tak tau lahh ..

Aku : anak makcik perempuan ke lelaki ? umur berapa ?

Makcik :Lelaki perempuan semua ada.Sulong lelaki ,SPM la tahun ni .

Aku : oohh ,mungkin dia rapat dengan ayah dia ... * sekadar menyedapkan hati makcik*

Makcik : takde lah ,dengan ayah dia pun tak rapat jugak..budak-budak sekarang asyik nak
                lebihkan kawan ...

Aku : duduk asrama biasanya macam tu la budak-budak ni ..sebab dah hari-hari
                           jumpa. *sekadar menyedapkan hati makcik*

Makcik : tak duduk asrama pun Asmaa ..

Aku : Dia takde cerita apa-apa dengan makcik ?macam saya ,saya akan cerita apa sahaja 
          masalah yang perlu dikongsi dengan mak ..macam kawan.kalau masa kecil ,
          mak ajar kami cara lain ..bila besar,cara lain ...

Makcik : Ada cerita kadang-kadang tapi bosan .hahahaa *makcik ketawa ,dan aku tak paham
                kenapa dia ketawa..mungkin itu hanya gurauan..aku pun ketawa lah sama.haha *

Makcik : hmm,budak-budak sekarang ni lebih pentingkan kawan daripada
                hati mak ayah dia. Tu yang kita selalu terasa hati dengan dorang ...
                  apa-apa mesti nak kawan dia dulu ...tak fikir dah kita .

       
muka makcik berubah bila dia cakap macam tu ..macam sedih tapi bila tengok aku,dia
tersenyum tawar ..  *sekadar taknak bagi orang tahu dia sedih*
aku terdiam tak tau dah nak kata apa ..hanya membalas senyuman tawarnya.
mungkin hati seorang ibu ini sudah beberapa kali terasa dengan kerenah anaknya
yang lebih mementingkan hati orang luar berbanding hatinya yang
selama ini mengandung,melahirkan,menjaga dan mendidik dia .


Saturday, June 15, 2013

JANJI-JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.



Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit 
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil 
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah 
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh 
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Monday, June 10, 2013

HIJRAHKU

Bismillah-Ar Rahman-Ar Rahim ..

Dengan nama ALLAH SWT ,aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar milikMU.Buat pertama kalinya ,hari ini aku berhijrah dengan mengenakan tudung yang besar dari biasa..Dan orang pertama yang melihat dan memujiku hari ini adalah umi ku sendiri ...TERIMA KASEH UMI :’) 
selama ni duk pakai bawal je.kadang-kadang tu terfikir jugak ,menutup aurat dengan sempurnakah aku bila pakai tudung bawal? banyak kali soalan tu bermain di fikiran.Entah kenapa aku rasa macam tak lengkap.bawal bidang 45’ kan kecik je, nipis pulak tu ..bile duk tengah panas siket ,berbayang habis leher ni haaa .sarung lengan pakai ,stokin pakai tapi berbayang pulak tang leher ..tak sempurna jugak.aku cuba search internet tak lama dulu ,tengok-tengok gambar orang yang pakai tudung labuh ...”cantiknye die”. Bile pergi jalan-jalan ,terserempak pulak dengan yang bertudung labuh ...”cantikknyeee die”..”bilelah pulak aku nak pakai”.Entah wujud entah tak ASMAA ALI yang bertudung labuh..
Niat ada tapi kekuatan tak ada..macam-macam duk fikir,bisikan syaitan belaka.

bila aku kata nak pakai ,syaitan kata ‘nanti susah nak bergaya’.

bila aku kata nak pakai, syaitan kata ‘tunggu laa kontrak kerja mu habis dulu’.

bila aku kata nak pakai,syaitan kata ’susah nak cari tudung macam tu ,pakai bawal pun dah tutup aurat ape’.

# Bila aku kata nak pakai,syaitan kata ’mu kahwin nanti ,pakai laa’.

Sedikit demi sedikit aku termakan jugak kata-kata encik syaitan tu tapi ALHAMDULILLAH ...ALLAH masih ingin memberi aku peluang perbetulkan apa yang salah.

Aku tengok orang pakai tudung labuh comell je ,bergaya bukan apa yang ALLAH nak tapi amalan yang DIA tengok.

kalau nak tunggu aku habis kontrak kerja dulu,entah bila akan habis.syaitan akan terus menghasut..dari 1 kerja ke 1 kerja..peduli apa orang nak kata pakai tudung labuh bila kerja kat tapak projek..yang penting ALLAH akan tengok kita.

susah nak cari bukan masalah,sekarang semua dihujung jari ..CARI. hendak 1000 daya,tak hendak 1001 dalih.dulu pun aku macam tu,aku dah cari tudung tu kat kedai tapi tak ada ..besarnya dugaan.jadi aku batalkan je niat tu.dan semalam tiba-tiba aku rase nak pergi cari tudung lepas habis kerja pukul 5.00petang.redah ‘jem’ pun tak apa ...bila sampai kat kedai tu ,ALHAMDULILLAH ...ada tapi tak banyak dah .last stock ..Aku sempat beli 3 helai je ..kire okey la tu .

kalau nak tunggu kahwin baru nak pakai ,mau aku mati dulu ...jawabnya berdosalah aku.satu lagi ,nak kesian kat suami je ke?nak bagi suami je ke masuk syurga?kat ayah tak kesian ,yang dari kecik jaga kita ? tak nak ke ayah kita masuk syurga sama?tak nak ke?kesiann ayah kitaa ... kata sayang ayah.

Lama aku cari kekuatan untuk berhijab labuh ..lama aku kumpul kekuatan tu ..sampai satu tahap,aku hampir jatuh ke tangan syaitan laknatullah ..tapi ALLAH masih sayang hambanya ini,DIA temukan aku dengan orang-orang yang baik ..DIA temukan aku dengan orang-orang yang sudi nasihatkan aku dikala salah.DIA kurniakan aku ibu bapa yang sangatt baik ..
syukur YA ALLAH.
Istiqamahkanlah aku di jalan lurusMU ini...janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau betulkan ia..aamiin ....




Thursday, May 23, 2013

Demi Islam,kami berkorban apa sahaja.


Seorang saudara saya yang merupakan seorang tentera darat dan pembantunya telah disahkan hilang setelah selesai melakukan operasi penyelamatan mangsa tawanan di Israel.Beliau dipercayai telah dilarikan oleh tentera-tentera Israel ekoran daripada penemuan barang milik beliau seperti pakaian koyak yang mempunyai kesan darah akibat membalut luka,tapak kasut yang dipakai beliau dan juga radio askar yang mempunyai kesan dibakar.
Kemungkinan dilakukan oleh pihak tentera Israel Laknatullah.
Kata penduduk di sekitar itu,dia terlihat sekumpulan tentera Israel sedang mengepung beliau serta pembantunya.Pencarian segera dilakukan,3 buah helikopter mencarinya melebihi lokasi operasi ..bahkan sehingga ke Laut Merah.Namun masih tidak dijumpai.
ALLAH,sedihnya tak terkira kami sekeluarga disini.Hanya ALLAH yang tahu .
Dengan semangat jihad yang ada,operasi dilakukan sekali lagi bagi mencari mereka..dan akhirnya ditemukan.Berlaku adegan tembak menembak dan akhirnya 6 orang tentera penyelamat gugur .Saudara saya selamat dikeluarkan daripada tempat tersebut namun pada waktu itu beliau sudah tidak berdaya.Pembantunya yang turut ditawan bersamanya gugur jua di situ ketika ingin menyelamatkan saudara saya yang diacukan senapang di kepala.ALLAHURABBI.Syurgalah ganjaranmu kelak wahai pejuang Islam.
Saudara saya mengalami kecederaan dalaman yang teruk .Mungkin disepak,diterajang oleh tentera Israel Laknatullah.Beliau ditembak di paha,perut dan dada.Keseluruhan badannya lebam-lebam.Sehingga waktu ini ,beliau masih belum sedarkan diri.Doktor di sana mengatakan bahawa kondisinya hanya 45% .
Kini beliau akan dikomakan selama 4 minggu..YA ALLAH,selamatkanlah hambaMU itu ...berikanlah dia jalan terbaik .

Indahnya Tawakkal


‘Sekiranya kamu bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakal,nescaya ALLAH memberimu rezeki kepadamu sebagai mana yang diberikanNya kepada burung burung ,terbang dipagi hari dalam keadaan kelaparan dan pulang dipetang hari dalam kekenyangan.’



Kami sekeluarga buat keputusan untuk berniaga dekat kawasan kerja aku,kawasan perindustrian Teluk Kalong.Takde rumah-rumah.Cuma ada kilang-kilang yang beroperasi....mencuba nasib kat situ la pulak.Berbekalkan sekaki payung bulat dan sebuah meja lipat ,kami memulakan perniagaan...umi dan adek perempuan aku berniaga,aku dan kakak kerja..abah pulak dah tua,selalu tak sihat..umi suruh duk rumah aje..jage kebun..semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki dengan usaha,doa dan tawakal ...Aamiin ...


HARI 1#
Hari pertama niaga,semua semangat...lebih-lebih lagi adek aku tu haa..haha.Pukul 10 pagi umi dah datang ,umi jual BIG karipap je hari pertama .waktu rehat pukul 1 petang aku keluar ofis then terus pergi kat umi ..sebab dah bagitahu umi,rehat je aku dan kakak boleh keluar sekejap..pukul 1.45 petang aku masuk la ofis balik . pukul 2.30 petang umi dah kemas-kemas nak balik .umi cakap seorang je datang hari ni ..beli 7 biji big karipap.dapat lah RM7 hari tuu ...sedih laa jugak ,tapi masing-masing pujuk hati ..ini baru permulaan...mungkin sebab hari tu hari sabtu ,sikit je orang bekerja ..tambah pulak kite baru kat situu.sabarlahh hati.., ini ujian dari Allah..ujian diberi bukan untuk mengajar kita berputus asa,tapi mengajar kita menjadi lebih kuat .InsyaALLAH esok masih ada.....

HARI 2#
Umi datang lewat sikit daripada semalam ,pukul 11.30 pagi.hari ni umi buat lauk-pauk siket .ringkas-ringkas je...ikan singgang,sayur goreng,daging masak merah ...sambal belacan..ulam-ulam... tu je laaa.1 jam lebih umi stay kat situ,but still no one stop there..umi call cakap’susahnye nak dapat pelanggan...’.bile dengar umi kate macam tu,sayu sangat hati ni walaupun senyuman terukir di bibir....sabar lah umi,ALLAH dah tetapkan rezeki seseorang hambanya ituu...kejap-kejap lagi ade la pelanggan tu...and last,hari ni ade lah dalam 5 6 orang datang beli..Alhamdulillah ...hari kedua dapatlah RM40.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....
Malam tu  abah sakit kaki ,gout .takleh nak jalan langsung ..kesiann tengok abah :’(
Umi ngan aku bawak abah pegi klinik ,dapat injection sembuhlah ...tapi sekali inject cas RM50 makkk ...mahalnyaaa sekarang...abah diletakkan atas kerusi roda,nak masuk pintu klinik pulak payah..abah berat,dan khudrat umi ngan aku ni ape la sangat ...perempuan..tapi ALHAMDULILLAH trime kaseh ...ade lagi yang sudi bantu kami ..tolong angkat kerusi roda abah,tolong bukakkan pintu ...walau pun nampak kecil,aku tetap hargai ..:’) .. Setiap kali aku rase ‘payahnyaaaa hidup YA ALLAH’,setiap kali itulah aku akan cepat-cepat ingat bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya jika Dia tahu kita tak mampu nak hadapi .Dan ujian ALLAH juga adalah untuk memberi kekuatan kepada kita..ujian ALLAH juga adalah kerana DIA sayang akan hambaNYA....Allahurabbi.


HARI 3#
ALHAMDULILLAH rezeki daripada ALLAH semakin bertambah... jumlah jualan RM80 hari ni...dari jauh dah nampak sengeh adek aku..HAHA.Alhamdulillah YA Allah...murahkanlah rezeki kami sekeluarga...ingatkanlah kami supaya sentiasa ingat untuk bersyukur kepadaMU YA ALLAH....semoga hari-hari seterusnya kami sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi olehMU.

HARI 4#
RM56 . Banyak lauk tak habis hari ni ... daging ,sayur ,ayam....umi ngan adek macam ade ‘frust’ sikit...5% .Apa-apa pun,Syukur kepada Allah ...

HARI 5#
Hari ni nasi habis awal ..aku keluar rehat pukul 1 ,nasi dah habis.tinggal lauk aje siket-siket .
Sampaikan kerak nasi pun orang mintak beli lagi.Alhamdulillah...murah sungguh rezeki hari ni..hari ni dapat RM92.Terima kaseh YA ALLAH ,kerana makbulkan doa hambaMU ini....setiap hari aku berdoa agar dimurahkan rezeki kami sekeluarga,diberi petunjuk ke jalan yang benar ..InsyaALLAH J
Rezeki itu ada dimana-mana .tak perlu takut untuk mencuba .kalau tak boleh cara A,guna cara B ..tak jalan cara B,guna cara C pulak ...sampailahhh Z.. hidup berniaga ni macam roda jugak,kadang kita di atas kadang kita di bawah.Sabar adalah ubatnya ....bila kita diberi rezeki lebih hari ni,itu maknanya ALLAH sedang beri kita semangat untuk mulakan hari esok...dan bila kita mengalami kerugian,itu maknanya ALLAH sedang nasihatkan kita supaya tidak mudah berputus asa untuk mulakan hari esok ... J


###  5 hari telah pun berlalu...Tujuan aku bercerita disini tiada niat lain selain ingin berkongsi rasa hati serta pengalaman berniaga di tepi jalan..Segalanya bermula dari bawah.Ada turun,ada naik .Cara menerima setiap yang berlaku itu ada pada kita sendiri ...Sama ada menerima dengan cara positif ataupun negatif .ALLAH telah tetapkan seseorang itu dengan rezekinya masing-masing.Berbaik sangkalah dengan ALLAH SWT.InsyaALLAH pasti berjaya .

Salam Sayang,
PENCINTA ILAHI

Monday, April 29, 2013


Bismillahirrahmanirrahim ...

Dah lame rasenye aku tak menaip kat sini .Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan aku kerje kat sane .mula-mula kerje kat sini nervous la jugak sebab aku tak tahu ape-ape bab kerani ni ...orang kate,senang jerr keje kerani tuuu ...tahu guna microsoft okeyy la .errpp ,masalahnye microsoft pun aku tak pandai ..haha ,,pelik ke ?orang kate aku pandaii sebab ade facebook dan blog .HAHA ,nak tergelok eden ..mende-mende tu sume memangg aku pandai (sikit-sikit),tapi tak semestinye aku pandai sume hal pasal komputer .dah orang kate aku pandai ,,aku pun redah je laaa interview .orang tanye boleh ke tak ,kate bolehh je laa..nak keje punye pasal..hehee .

And on the first day ,supervisor pulak datang lambat ..kate masuk kerje pukul 8 .aku pun tunggu laa ...tunggu punye tunggu ,pukul 2 petang baru sampai ...mak aihhh,bapak lame .masuk je pejabat(kabin),terkejut beruk aku sebab sume barangg terabur ,,bersepah –sepah..lastly ape je die suruh buat ,...kemas-kemas,susun fail ,susun kertas ..
pheww~~~ tu jee rupenye ..haha .susah payah aku suruh kakak aku ajar gune microsoft malam sebelum tu .... pulak tu supervisor senyappp aje .tak banyak cakap ..1 aku tanye ,1 die jawab ..aku pun jadi malass nak tanye ape ..tapi sekarang die dah resign ..tak tahu laa pasal ape ,tak tahan kene marah dengan orang atasan kot ..kottt laaa ...
and semalam penolong pengurus projek tempat aku ni datangg .sebab dah takde supervisor kan ,,die laa ambek alih ..die cakap ‘bia saye ajar awak laa senangg ..ganti tempat zaidi(supervisor)’.
‘saye naikkan laa gaji awak nanti’.

Gulpp ,telan air liur akuu ...bia betul ??aku diam je sambil senyum senyum comel gituu ..haha .aku belajar civil engineering pun mase form 4/5 je. Tu pun belajar teori ,bukan practical ...mane laa aku tahu sangat pasal ni ..tapi ade la jugak cube-cube belajar bace construction drawing dorang yang tersangkut banyak-banyak dalam ofis ni ...not bad laa.boleh sikit sikit ,tapi kalau nak suruh masuk site tengok ape keje dorang buat sumpah blank .haha.tak tahu satu bende pun ...duk sini ,ade laaa belajarr name-name jentera tuu ...crane ,backhoe,backpusher,excavator. HAHA.kelakar pun ade.

Dah macam lelaki pulak nak ambek tahu pasal mende tu sume ..padahal keje kerani je pun kat sini ...tapi takpe laahh,,nanti orang duk sembang takdelahh aku tak tahu langsungg .seronok je keje kat sini sebab orang kat sini hormat aku sebagai perempuan ..ade orang kate tak elok keje kat kawasan projek ni ..sebab majoritinya lelaki ...yepp ,kat sini memang sume laki ,2 orang je perempuan ....tapi tu bukan masalah sebenarnye ,,cara kite bawak diri kite tu sebenarnye yang penting ...kalau duk meng-gedik sane sini memang orang senang laa nak ambek kesempatan ..ace buat ade maruah sikit ,,takde lahh die berani-berani nak buat kite ...kan ?

Umi selalu pesan ,,duk keje kat kawasan ramai lelaki tu jangan sombong sangat ...senyum je,jangan cakap kasar ..nanti kalau dorang sakit hati dengan kite ,macam-macam die boleh buat ... Alhamdulillah setakat ni okey je budak budak kerje kat sini ..sume baek-baek .usik-usik tu perkare biase laa...dah namenye LELAKI .asalkan kite tak layan,sudah ... J

Monday, February 18, 2013

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Assalamualaikum ..terase rindu nak berceloteh di ruangan ni ..rase sedih tetibe .
dah berape bulan aku tak meng-hapdate kat sini ek ? sebenarnye dah banyak kali cuba menulis tapi bile tulis sebaris ,padam ...tulis sepatah ,padam lagi ..pastu tulis tulis lagihh ,tekan save ..haishh ,dah 5 6 kali jadik camtu .sekarang aku lebih teragak-agak berbanding dulu dulu ...dulu kalau nak taip ,taippp je ape terlintas ..sekarang tak dah ,nak taip mesti kene pikir banyak kali ..boleh ke ? boleh ke ?
bukan hape ,kan ade orang kate kite tak payah laa nk mengadu sane sini ...Allah sahaja sudah memadai ..Subhanallah ... sedih pulak rase ... banyak bende tak kene dengan diri ini sekarang .. tapi InsyaAllah sentiasa mencari dan mencari ,,dan membuat perubahan sedikit sedikit ...dan diri ini juge sedang berusaha untuk ber-istiqamah ..bantulah hamba Mu ini YA ALLAH ..
sama sama kita perbaiki diri kita meh ,hidup kite tak lama pun ...semakain berjalan waktu ,semakin hampir kite dengan kematian .Subhanallah takutnya .... ape kite nak bawak ,apa kite nak tunjuk kat DIA di akhirat nanti ?aku bukan kata kat sesapa ,tapi kat diri sendiri ... masih banyak yang kurang ,terlalu banyakk ...
YA ALLAH YA TUHANKU, kuatkan iman hambaMU ini serta orang orang Islam seluruhnya ..bukakanlah mata kami bahawa ISLAM itu indah .... bimbinglah kami ke jalanMU yang lurus YA ALLAH .. janganlah engkau biarkan kami terkontang kanting tanpa nur hidayah-MU YA ALLAH .... hanya padaMU kami meminta pertolongan dan hanya KAMU yang memberi pertolongan ...AAMIIN .

Saturday, February 2, 2013

kasihmu AYAH

BACA !! [ KISAH BENAR ]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

sayangilah orangtua kita, sementara mereka masih ada...
kepada yg sudah kehilangan orangtua, sedekahkan al-fatihah dan kirimkanlah doa buat mereka...

sumber :facebook
*menangis tak terkata bila saya baca kisah ini ..sangat menyentuh perasaan :'(

Thursday, January 3, 2013

resepi kek coklat mudah .

resepi ni sebenarnya dari kawan jugak ,hari tu masa majlis ape ape aje die selalu buat ..
then bile rase ,'eh sedap laaa ..'
mintak resepi ngan die ,then buat sendiri kat rumah . ade jiranjiran datang ,hidangkan kat dorang ..
pastu die cakap ,esok buat eh ,nak rm10 . HAHA .tak sangke ade sambutan . banyak kali jugak die order .
then pegi ape ape majlis ,aku pun bawak laaa kek special tuhh .haha .
and ramai cakap sedap sedap sedappp ..
nah nak kongsi resepi ,buat sendiri dan rase sendiri kesedapannye .
SELAMAT MENCUBA :)



3 biji telur (pukul sampai kembang)

BAHAN A
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak

BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat

-masak semua BAHAN A dengan api perlahan ,kacau hingga sebati .
-ayak BAHAN B supaya tiada bendasing .nak senang ,ayakkan sekaligus ..takpayah asing asing .
-akhir sekali ,masukkan BAHAN A dan BAHAN B sedikit-sedikit secara bergilir-gilir ke dalam bekas telur yang dipukul tadi .
-untuk hasil yang lebih gebuss ,tapis dulu adunan sebelum dikukus ..supaya anda yakin takde ketul ketul tepung tuuu .
-kukus api sederhana selama 1 jam .
#SELAMAT MENCUBA ,SHARING IS CARING :)