like this BLOG ?

Wednesday, June 27, 2012

terima kasih










mood : Kecewa .
tanpa sedar ,aku ketawa dalam duka .sungguh ku kecewa .

# terima kasih

Monday, June 25, 2012

dengan mengingati ALLAH ,hati menjadi tenang

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)
tengah bosan bosan pagi tadi ,aku ber-blogwalking kejap .then terjumpa 1 blog yang sangat sangat berinfo .
pengisian blog tu agak menarik aku rasa . feel free to click here --> Dr.Cinta Punya Blog .

i know you will love her writing ..and me also love love love it very muchhh !
aku rasa aku agak ketinggalan ,haha .sebab bila tengok follower dia ,
'OH ,IM YOUR 11040 FOLLOWER.'
banyak info pasal agama ,and ade jugak entry dia yang bila aku baca ,boleh menitis air mata .
aku sedar ,masih banyak yang belum terlaksana sebagai seorang muslimah ..sebagai seorang hamba ALLAH swt .



sesungguhnya yang tertutup itu indah .
ini untuk awak ,saya dan semua .
let's do it dear ..pakai yang labuh sedikit dari biasa pun dah kira Alhamdulillah ...
ini kata kata dari satu video yang di letakkan dalam blog dia .
sememangnya nak berubah ke arah yang lebih baik itu susah ,payah ..
kerana syaitan akan datang menghasut tanpa henti supaya katakan TIDAK kepada yang baik baik .
tapi kita harus ingat ,
sehebat manapun kita ,secantik manapun kita , setinggi manapun kita berdiri ,
kita tetap manusia .
kita tetap manusia yang tidak boleh lari dari kesilapan ,
semua orang pernah buat silap ,semua orang banyak dosa .begitu jugak dengan diri aku .
tapi kalau menangis kerana menyesal sahaja tidak mampu mengubah apa apa .
melainkan kamu memohon ampun kepada ALLAH swt ,
mintalah kepada dia sebanyak mana sekalipun ,dan DIA tidak akan merungut .
bahkan DIA sayangg ,DIA suka akan hambaNya yang selalu ingat pada Nya .



p/s : jom saling berusaha kepada yang lebih baik .semoga diberkati olehNya . Insyaallah .


Sunday, June 24, 2012

PON PON !tumpang lalu sikett eyhh adek adek abang abang kakak kakak ..
nak tunjuk handmade yang baru siap jap .;)

this is for me ,saje suke suke !
sebab geram tengok kaler die .hehe 


beautiful place to get lost :D





awesome right ?
yeahh !
i just fall in love with the pictures and i really hope that i can dream 'bout this !
HAHA .
i wish i can snap the pictures there ,yoo .








Thursday, June 21, 2012

perginya seorang bapa saudara

| 19 jun 2012 | selasa | 5.55 petang
lokasi : HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN(  HTAA )

semua sanak saudara sebak ,sedih ,menangis ,meratap kerana perginya seorang lagi hamba ALLAH yang juga merangkap sebagai bapa saudaraku , ABDUL RAHMAN BIN SAID (49)  senenek sedatuk . dia meninggalkan seorang isteri dan 3 anak .mereka akur ,mereka redha , mereka pasrah .itulah janji ALLAH kepadanya .sokongan diberi tanpa henti ..
ceritanya begini ....

| 19 jun 2012 |
-1.15 pagi -
mak long aku call mak ,dia bagitau pak long koma .
- bangun pagi -
mak bagitau nak pegi hospital kuantan 9.30 pagi nanti ,nak tengok pak long .
- 9.00 pagi -
maklong call lagi sambil nangis nangis ,dia cakap paklong dah tenat .jantung dia dah nak berhenti .
kalau setengah jam lagi tak naik nadi dia , takde harapan . kami terus siap cepat cepat ,capai ape yang sempat then pegi sane .
- 11.30 pagi -
yep ,dari kerteh almost 1 hour 30 minutes jugak la nak sampai sane .cari parking lagi dah nak dekat setengah jam ..hope everything is gonna be ok . maklong cakap kalau sampai hospital tu bagitau guard name paklong ,dia akan bagi masuk ..sebab critical . paklong takleh duk kat wad icu sebab dah penuh .mesin pown dah habis .so kena pakai manual ..nurse bergilir gilir pam alat pernafasan tu .
setibanya kami dekat wad sana ,air mata terus mengalir . tersangatlah sayu hati ni bila tengok maklong tengah bace yaasin ,anak anak dia bisikkan sesuatu kat telinga dia ,nak suruh mengucap .
wayar sana sini .sanak saudara penuh ruang dalam dan koridor luar tu .tunggu dan tunggu .saudara mara makin ramai yang datang .
- 2.00 petang -
masih takde perkembangan , kadar nadi dia masih lagi tak stabil dan masih bergantung pada mesin tu . kami pergi solat dan makan dulu .
- asar -
nadi makin turun ,nurse cabut pam pernafasan tu .then pasang balik .
pam ,pam dan terus pam .
- dalam pukul 5.30petang -
nurse buang pam pernafasan , biar paklong bernafas dengan sendirinya .sebab dengan pakai pam tu ,dia mungkin lebih terseksa .suasana makin tegang ,semua mata yang memandang mula menangis ..dan aku juga .
kami tahu dia dah tak boleh bernafas dengan sendirinya ..maklong rasa dadanya ,jantung dah tak berdegup .
suasana jadi lebih tegang .
kami hanya mampu menunggu mesin nadi tu sampai nombor 0 .
49
48
47
46
45
44
..............
....
.....
..


10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0 dan teeetttttttt ________________________________________

YA ALLAH ,dia telah dibawa pergi ..untuk selamanya ......
menangislah air mata darah sekalipun ,dia tidak akan kembali .
hanya doa yang mampu dikirim untuk membantunya disana .

mengikut cerita isterinya ,maklong ...paklong pergi ke hospital seorang diri seperti biasa ..untuk cuci buah pinggang selama 3hari2malam ..pada malam sebelum kejadian ,nurse di wad tersebut tengok dia tekan tekan kepala ,duduk pun tak diam ..sangka nurse ,dia sedang ber'exercise' .
tak lama kemudian ,dia mengalami sawan dan terus koma .
kata doktor ,tekanan darahnya terlalu tinggi sehingga pecah saluran darah di otak ..
jenazah di bawa ke kampung maklong ,FELDA JERANGAU untuk disemadikan disana .
segala urusan berjalan dengan lancar .Alhamdulillah ..

setiap yang hidup pasti akan mati .
dan yang pergi takkan kembali lagi .
doakanlah arwah paklong tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman .
amin ....
hari ini hari orang ,hari esok hari kita pula .
siapa tahu .
wallahua'lam .AL-FATIHAH .... ~






Thursday, June 14, 2012

how can i calm you ?



bila kita ditimpa masalah atau kesusahan ,mencari seseorang yang boleh mendengar apa jua masalah kita sangat sangatlah susah .
ada yang berpura pura je .. kita cerite penuh dengan emosi ,berair mate dan kadang kadang berapi api bagai nak rak tapi kawan kita punya muka punyalah selamber .. ada jugak yang memang langsung tak tunjuk minat ,bila tanya pedapat ..dia hanya cakap 
'hmm ,ok la tuu ..'
'tak yah pikir sangat '

WHAT ?? nampak sangat dia tengah bagi jawapan selamat kan .nampak sangat tak fokus dengan apa yang kita cakap .arhhh ,yang macam ni la aku lagi beremosi .yang sedih lagi sedih ,yang tengah marah jadi makin nak marah .huahaha !
tapi ada jugak yang memang tak pandai nak beri nasihat kat orang ...golongan yang ni takpe lahh ,nak buat camne kan ... mungkin dia ada sesuatu nak cakap dalam otak dia tapi tak terluah dengan lisan .sekurang kurangnya dia jujur oke .sebab ayat ayat dia akan macam ni ..*kowt
'sorry la ,aku memang tak pandai nak beri nasihat kat orang ..tapi aku boleh dengar ..ko boleh cerita kat aku ..'
nahh ,boleh tahan la jugak kalo camni ..sekurang kurangnya kita rasa lege ,ade orang sudi nak dengar perkongsian dari kita ..
tapi kadang kadang ,aku bercakap sebagai perempuan ok ...pelukan dari seorang kawan/sahabat/pendengar setia boleh meleraikan kekusutan mahupun kesedihan kita .
hey hey ,peluk same jenis lahhh ! nak peluk laen laen jantina buat ape .grr !
macam aku la kan ,tengah tengah sedih nak mampus ni ade orang duduk sebelah and hug me ..then i will hug back tightly !!sebab dari situ aku tahu masih ada orang yang prihatin terhadap diri aku ,terhadap perasaan aku ... oleh sebab itu ,dulu dulu aku pernah buat kawan aku camtu .. bile tengok dia nangis ,aku akan duduk sebelah dia ..bila dia pandang aku ,aku tahu dia mahukan seorang yang boleh kuatkan dia untuk facing mende tu ..walaupun tak mampu nak faham masalah dia ..i'll hug them or hold their hand tightly .
betulkah ?
tak jugakk kan ,lain orang lain caranya ....
sekian dari ASMAA ALI .

peace no war ^^,



Sunday, June 10, 2012

kenape ramai tak takut bile tak solat ?

last week aku pergi ke 1 kursus kat KELANTAN .,kursus pasal tanaman getah tapi bab bab ilmu tu tak masuk dalam kepala pun . ilmu laen pulak yang dapat .HAHA!
masa buat aktiviti berkumpulan kat sana ,ade la sorang mamat ni datang kat aku ..dia tanya aku macam macam soalan ,aku pun jawab aje laa ...nanti kate sombong pulak kalau buat tak layan .
bagi aku ,selagi tak merimaskan aku dan hormatkan aku sebagai seorang perempuan ..ape salahnya kita bertegur sapa kan ?tak kirelah dia pakai gelang ke ,rantai ke ,gelap ke ,tak hensem ke ....
macam ade seisi temuduge plak .HAHA!
lepas dia dah tahu serba siket pasal aku dan aku pun dah tahu serba siket pasal dia ,aku pun diam ...sebab tak tau nak cakap ape dah ..
tak lame lepas tu ,dia tanya aku ...' awak solat penuh tak ?'
ehemm ,terkejut sebenarnya bila dia tanye soalan tu ..HAHA!sememangnya perempuan tak pernah cukup solat ..tapi aku faham maksud dia .aku cakap ' penuh la,kenape ?'
then dia tunduk ,dia cakap ' saye tak solat penuh ,tak solat pun kat rumah ..kat sini je saye solat .'
aku sedikit terkejut , kenape dia bagitau aku keburukan dia ? tak takut ke aku cakap dia jahat ?
aku tak tau nak cakap ape bile dia cakap camtu ,aku tanya dia ' kenape tak solat ?' 
dia pandang aku , kata dia ' tak tau laa ,sebab takde orang nak suruh ,takde orang nak larang ..kalau ade orang yang kita sayang tu laen ... mungkin boleh ingatkan saya waktu solat .. '
GULPP ! agak gelabah jugak ar mase tu .,oke ,aku faham maksud dia ...aku jadi kesian kat dia ,kenape laa dia tak solat ...sedangkan umur dah 28 ..dan dia cakap bajet nak kahwin umur 30 ..calon belum ade ..so aku faham kenape orang taknak lelaki macam tu ,mungkin sebab kurang asas agama ..maklum la ,ramai wanita sekarang pilih lelaki yang ada agama untuk dijadikan suami ..
dia cakap kalau aku balas mesej dia ,dia akan solat ,aku gitau dia mane boleh solat sebab aku ..SOLAT mesti kerana ALLAH SWT .. aku cakap kat dia ,,'solat la selalu lepas ni ...'..dia senyum je ,manis ...tapi sayang kan ... tak tau lahh dia dengar ke tak cakap aku yang 20 tahun ni .memandangkan dia dah pun 28 tahun ..  kadang kadang kelakar jugak melayan kerenah orang orang macam ni ..banyak orang banyak ragam ...

malam tu ade tazkirah siket dari ustaz ...die cakap pasal solat . kenapa orang muda ramai tak solat ?
sebab takde akta ,takde hukuman di dunia ni untuk orang orang yang tidak solat ..
cubalah kite pergi kat penjare penjara ,ade ke tak yang dipenjarakan tu atas kesalahan tak solat .ade ? takde kan ...
yang ade nye sebab jenayah mencuri ,merompak ,jual dadah ,hisap dadah ,merogol ,menyamun ...
orang ramai takut nak buat jenayah ..sebab nanti kene tangkap ngan polis .kene sebat ,kene itu kene ini .
tapi orang tak takut bile tak solat ...sebab takdenye polis nak tangkap orang tak solat .takdenye polis nak sebat orang tak solat .buat roadblock sebab ramai tak solat .
takde ...takde mende tu sume .
orang tak nampak hukuman yang akhirat tu ,orang nampak yang dunia je .
padahal orang yang tak solat lebih jahat jika dibandingkan dengan orang yang mencuri ,hisap dadah ,merogol .
HAH ! fikirlah sendiri sama ada betul atau tak apa yang aku cakap ni .

at the end,aku takde la nak kasi nombor phone merate rate kat orang ,kite kene hati hati jugak kan ...biarpun dia nampak baek di luar ..tak semestinya baek jugak didalam .tak salah kita berprasangka untuk keselamatan diri sendiri .
yelahh ,orang kate ...kalau ade jodoh jumpe lagi ...tak payah la kite nak tukar tukar nombor phone bagai .
aku cuma doakan semoga ALLAH SWT tunjukkan jalan kat dia supaya dia tak tinggal solat dan ikut segala suruhan NYA .
amin .... :')


Sunday, June 3, 2012

episod 1# : DALAM SEMAK

aku : umi ,nak keluar dengan fiza sekejap boleh ?
umi : nak pergi mane ?
aku : nak cari semak ..
umi : haishh ,budak sekarang pelik ..pantang nampak semak ..nak masuk .
aku : HAHAHAHA !
umi aku pun faham kenape anak dia nak cari semak .HAHA !




 # my bawal style inspired by DENA BAHRIN  ; covering your chest

Saturday, June 2, 2012

perpisahan itu PASTI .

setiap pertemuan PASTI ada perpisahan .walau macam mane sekalipun kite nak elak bende tu ,tetap akan terjadi ..kerana perpisahan itu PASTI !

for almost 1 year adek lelaki aku ade abang angkat yang juge warden asrama dia .
almost 1 year jugak la abang angkat dia jadi sebahagian daripada keluarga aku ,sebab mak abah aku dah anggap dia macam anak sendiri .
hari ni dia terpaksa berpindah tempat kerja ke NEGERI SEMBILAN sebab da naek pangkat .
dia askar ok !HOHO
he is not the one who is addicted with camera ,dia cakap '6 tahun sekali ambek gambar '.HAHA!
aku pulak '6 jam sekali ambek gambar' .HAHA!

ok ,ni gambar last la sebelum dia bertolak ke NEGERI SEMBILAN tengahari tadi .
gambar ni ambek semalam dah ...siap panggil jurugambar lagi ,HEHE .sebab nak kasi gambar comel .
^^,

semangat pakai baju comey comey ,hensem hensem ..ambek gambar depan rumahh aje ..ekeke :DD

ini dia


and this is my lil' bro

ok ,duduk jaoh jaoh ye .
haha !
over-acting pulak yang berdua tu .

wahh ,ramainye kaum adam kat rumah aku .
haha .meriahh seketika .
yang baju biru tu ,kawan adek aku ..
alang alang dah ade kat rumah ,masuk frame jugak arr .hoho :D

hehe ,nanti kakak aku jeles la sebab dia takde time ni .

the memory



oke ,hari tu janji nak kasi episod 2 kan ?
haaa ,ambek !
hari ni nak kasi episod 2 la ni ...
maaf ,kami trauma dengan kamera .rase macam nak kejar kejar aje orang yang pegang kamera !
HAHA !

hey hey ,saye nusuk blakang pokok tu sebab orang tepi tu tengok saye nok posing .haha!

kelakar gambar ni ,macam nak p perang ngan puak mane ntah kat depan tu .
bersenjatakan handphone di tangan .:p


saye memang dopleh tengok rumput hijau hijau .

Add caption


ehh ,,napok dop kaki saye jinjit tu ?
nak kasi same tinggi ngan dorang tapi tak same same jugakkk .


ahaha ,saye memang suke pakai colour colour ,even tak matching sekalipown .