like this BLOG ?

Thursday, October 11, 2012

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik .

ehh ,syahdu pulak dengar 'munajat keampunan' yang kawan kite kasi ni ..
sob sobb .. tetibe pulak idea nak menulis menendang nendang otak ..aishh ! sabo sabo .
aku nak kongsi apa yang aku tahu ,seandainya silap dialu alukan untuk perbetulkan .. sama sama kita kongsi apa yang baik baik ...

tadi masa beronline ,terjumpa lah 1 post dari seorang saudari kita berbunyi ...



betullah apa yang dikata tu tapi bila baca komen ,haaa ..ade yang masih tak tahu ni ..
ramai yang akan cakap macam tu ,even aku sendiri pun cakap macam tu dulu duluu ..tapi sekarang dah tahu.
sebenarnya bukan susah nak cari orang yang sebegitu ,aku percaya masih ramai lelaki diluar sana yang baik ,yang beriman ,taat kepada ALLAH ..
tapi kita kena cari ...macam mana nak cari ?
kuncinya ada pada kita sendiri ... nak tahu apa kuncinya ??
okey ,duduk baik baik nak cerita ni ....jangan tolak tolak ..
kunci untuk mencari yang baik baik itu ada pada sesiapa sahaja yang kelakuannya baik .
kerana apabila kita mahu yang baik ,kitalah terlebih dahulu perlu berubah menjadi baik ...istiqamah dan istiqamah ,jangan separuh jalan then balik ke perangai lama .jangan begitu sayangg ..
sesungguhnya aku tahu ianya sukar ,tapi sentiasalah berdoa dan berdoa supaya ditetapkan iman ...
dan apabila kita berazam untuk menjadi baik ,maka ALLAH akan mengirimkan orang orang yang baik untuk mendampingi kita ,untuk berkawan dengan kita .
MasyaALLAH ,baiknya ALLAH pada kita kan kawan kawan ..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Ya Allah ,tak rugi kita jadi baik ...tak rugi kawan kawan ...
ALLAH itu maha adil .
akhir kata .. macam mana kita ,macam tu lahh jodoh kita .jom ubah diri ! jaga hati jaga diri ..semoga kita semua berada dibawah lindunganMU YA ALLAH ...amin ya rabbal alamin ........

2 comments:

Anonymous said...

nice one :)

asmaa ali said...

Alhamdulillah ,semoga kita dapat ambil kebaikan .. :)