Seperti biasa setiap hari Jumaat
aku akan ke kelas jahitan manik di Empower Kemaman.Dalam kelas tu ,aku lahh
yang paling muda ..yang lain semuanya umur lingkungan 25-50 tahun .. cikgu
suruh bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.setiap kumpulan hanya 4
orang.Dan salah seorang ahli kumpulan aku ialah seorang ibu ..
Semasa kami semua kusyuk
jahit-jahit manik tu ,dia buka cerita pasal anak.Makcik tu cakap ..takutnya
semalam tengok video orang bersalin dengan cara pembedahan kat motivasi sekolah
anak..ramai budak-budak menangis semalam.insaflah tu kot tengok pengorbanan
mak-mak dia,katanya...
Aku yang kusyuk duk tilik manik
terus angkat muka..sebab teringat video yang pernah ditunjukkan pada aku dan
kawan-kawan masa motivasi kat sekolah lama dulu ..memangg sedih pun ,dengan
musik yang touchingg gile tu ..memang boleh nangis laa .aku cakap kat makcik tu
“sekejap je insafnye tu makcik.. “..macam aku dulu-dulu jugak ..hehe. *dulu kan budak lagi.*
Makcik tu diam ...tak lama lepas
tu,dia cerita lagi..
Makcik
: makcik lagi ‘ngam’ dengan anak
saudara daripada anak sendiri...
Aku : kenapa macam tu ? *sambil
sengeh-sengeh*
Makcik
: tak tau lahh ..
Aku : anak makcik perempuan ke lelaki ? umur
berapa ?
Makcik :Lelaki perempuan semua ada.Sulong lelaki
,SPM la tahun ni .
Aku : oohh ,mungkin dia rapat dengan ayah dia
... * sekadar menyedapkan hati makcik*
Makcik : takde lah ,dengan ayah dia pun tak rapat
jugak..budak-budak sekarang asyik nak
lebihkan kawan ...
Aku : duduk asrama biasanya macam tu la
budak-budak ni ..sebab dah hari-hari
jumpa. *sekadar menyedapkan hati
makcik*
Makcik : tak duduk asrama pun Asmaa ..
Aku : Dia takde cerita apa-apa dengan makcik
?macam saya ,saya akan cerita apa sahaja
masalah yang perlu dikongsi dengan mak ..macam kawan.kalau masa kecil ,
mak ajar kami cara lain ..bila besar,cara lain ...
Makcik
: Ada cerita kadang-kadang tapi
bosan .hahahaa *makcik ketawa ,dan aku tak
paham
kenapa dia
ketawa..mungkin itu hanya gurauan..aku pun ketawa lah sama.haha *
Makcik : hmm,budak-budak sekarang ni lebih
pentingkan kawan daripada
hati mak ayah dia. Tu yang kita
selalu terasa hati dengan dorang ...
apa-apa mesti nak kawan dia dulu ...tak fikir
dah kita .
muka makcik berubah bila dia
cakap macam tu ..macam sedih tapi bila tengok aku,dia
tersenyum tawar .. *sekadar taknak bagi orang tahu dia sedih*
aku terdiam tak tau dah nak kata
apa ..hanya membalas senyuman tawarnya.
mungkin hati seorang ibu ini sudah
beberapa kali terasa dengan kerenah anaknya
yang lebih mementingkan hati
orang luar berbanding hatinya yang
selama ini
mengandung,melahirkan,menjaga dan mendidik dia .
No comments:
Post a Comment