Sungguhpun ketaatan seorang isteri kepada
suami mengatasi segalanya,perlukah dia perlakukan begitu terhadap ayahnya
sendiri ?
Sungguhpun syurga telah beralih ke tapak
kaki suami ,perlukah dia tidak menghiraukan si ayah?
betapa besarnya ego seorang anak terhadap
ayah kandungnya ,YA ALLAH..
hatiku turut tersentuh ,terluka ...kerana si
ayah diperlaku sebegitu rupa .
apalah yang telah dilakukan si ayah sehingga
dilayan begitu ..
Dia langsung tidak menegur walau sepatah
mahupun bersalam dengan si bapa ketika dikunjungi
si bapa.Bagaimana agaknya perasaan si bapa yang tua itu ...perkenalkan cucu
kepada datuknya tidak dan perkenalkan datuk kepada cucunya sendiri juga tidak.
hati batukah dia?
Keras benarkah hati dia?
tidak tahukah dia pahit getir si bapa ketika besarkan dia dahulu?
Tidak tahukah dia akan dosa dan pahala?
si anak itu seorang guru ,mana mungkin dia
tidak tahu .
air muka si ayah mungkin nampak jernih
sahaja,akan tetapi hatinya merintih sedih ...
sedih mengenangkan si anak yang perlakukan
dia seperti orang luar ,seperti tidak wujud dihadapannya .
mungkin ketika si bapa yang tua itu tiada
didunia lagi ,barulah dia tercari-cari kemaafan si ayah.mungkin benar ,setelah
barang yang kita miliki itu hilang...barulah kita tahu untuk menghargai ...
semoga timbul kesedaran dalam diri si anak
tersebut sebelum waktu sudah tertutup untuk memberi kemaafan kepadanya ....Aamiin..
No comments:
Post a Comment