like this BLOG ?

Sunday, October 21, 2012

kepada yang bercintan ,jom elak penyakit hati !


terkadang hati ini sakit , terkadang hati ini terluka ,terkadang hati ini sering menangis sendiri ..
kerana apa ? kerana kita hanyalah insan biasa , kita hanyalah seorang hamba ,kita manusia yang punya segala perasaan ...segalanya .. sedih kecewa sakit perih pedih gembira ... terkadang datangnya gembira ,terkadang datangnya sedih . orang pernah berkata , jika kamu menyukai sesuatu maka janganlah berlebihan kerana bimbang rasa suka itu bertukar benci .dan jika kamu membenci sesuatu maka janganlah berlebihan kerana bimbang rasa benci itu bertukar suka .. apa aku nak cakap sebenarnya?
HATI . janganlah kamu bermain dengan hati seseorang kerana natijahnya sangat dahsyat .
luka kerna kecewa bercinta dan berkasih mungkin akan melekat sehingga 2 3 tahun lamanya ,dan mungkin juga akan meninggalkan parut selamanya ...haa ,itulah part paling pedih .
sakit luaran boleh dirawat ,sakit didalam hanya ALLAH yang tahu penawarnya ..maka sentiasalah kita mendekatkan diri kepada ALLAH moga moga hati kita dilindungi , dirawat dan dijaga daripada sebarang penyakit hati ..
jom elak daripada terkena penyakit hati ,caranya bagaimana ?
mula mula sekali ,jauhkan diri daripada bercinta sebelum kahwin ..haaa ! belum pasti dia yang menjadi teman lelaki/wanita kita itu akan menjadi suami mahupun isteri kita ...ni yang budak budak bawah umo ni haa ..
pantang buat baik siket ,,dah nak cintan cintunn . masa baru baru memang la 'i love you' 'i miss you'..
bila dah bosan , mula lahh 'i hate you' 'you are not my everything lahh .' pastu rasa sakit hati ,menangis 4 tahun .tak keluar bilik 4 hari ..hohooo .
 ehhh ,,takyah nak tipu laa ,kite pown ade experience jugak .hahahaha !
okey sambung balik ,lepas tu ade pulak yang tanya ...kalau dah ter-jatuh cinta dan ter-clash macam mana pulak nak elak ? uihh ,sakit hati tu haa ,maen maen pulak dia .
aihh ,hak tu takleh nak buat ape dahh .nak elak macam mana lagi kalau hati dah terpaut ...
macam ni lahh ,kalau dah tersangkut nak buat macam mana dah ..kita boleh rawat hati dengan dekatkan diri kepada ALLAH ...
dekat macam mana ?
selalu fikir positif . 'setiap yang berlaku ada hikmahnya '.zikir .selawat .solat 5 waktu kena cukup .banyakkan bersabar.

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH ?

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.WALLAHUA'LAM :)

segala apa yang baek itu datangnya daripada ALLAH SWT ,dan yang terkurang itu daripada saya sendiri .ampun maaf jika ada yang tersalah bicara ..sekian :)

1 comment: