like this BLOG ?

Thursday, October 11, 2012

mulut dan hati manusia sangat bahaya .

hye u'olls ,me come back ! hehe .
Assalamualaikum w b t ..
rindu sebenarnya nak menaip balik macam dulu dulu ..bapak sedare asyik tanya bila nak happdate belog ,bila nak hupdate belogg .haha .naseb baek ade mood rindu kat blog .tapi kekangan masa mematahkan niat .
ceh ,susun ayat .HAHA .
malam ni rasa macam sengaja nak tido lewat ,rasa macam nak menaip pulakk.
saja curi masa .walaupun Tuhan bagi kita 24 jam sehari ,masih rasa tak cukup kan ?
hakikatnya ,manusia memang tak pernah rasa cukup dengan apa yang diberi .. lagi rugi kalau orang tu banyak luangkan masa depan laptop daripada beribadah ..ibadah bukan aje solat 5 waktu ,ibadah tu luas .
macam macam boleh jadi ibadah ,tidur juga boleh jadi ibadah ,..bahkan berfacebook juga boleh jadi satu ibadah .macam mana tu ? kalau kita berfacebook ,tapi menghadap perkara yang baik baik ,maka ia akan jadi satu ibadah ..wallahua'lam .. aku bukan nak cerita pasal tu ,,tu muqaddimah semata mata .
malam ni nak cakap siket ,,bukan nak cakap hal sesape ..tapi buat renungan aku sendiri serta kawan kawan yang lain .kadang kita rasa kita dah cukup baik ....dah cukup pandai berkata kata ..dah cukup hebat ,walhal tanpa kita sedar ramai yang kurang senang ,ramai yang tak selesa dengan kelakuan dan percakapan kita .
tidak salah untuk meluahkan apa saja jika untuk kebaikan tapi hati manusia kadang kadang mudah tersentuh.
bergurau juga begitu .tiada salah kita bergurau senda ,mungkin kita fikir orang tu tak ambek kesah kerana tanggapan kita 'tak apa ,dia tak ambek hati punya dengan aku''tak apa ,dia mesti faham perasaan aku'
'tak apa ..tak apa ..tak apaa ...'
padahal hakikatnya kita tak pernah tahu perasaan orang macam mana ,
TAHUKAH ANDA ? 1000 orang ,1000 ragam ...
mungkin dulu dia seorang yang tak kesah . mungkin dia sudah biasa dengan sikap anda tapi pernah tak kita fikir ,manusia boleh berubah bila bila masa .. dari seorang yang cekal menjadi sensitif ,dari seorang yang tabah menjadi lemah .
berlapik la pabila berkata kata supaya tidak menyinggung mana mana pihak ,bersopanlah pabila berbicara .
sedalam mana pun rasa sakit hati kita kat orang ,sekuat mana pun rasa nak marah kat orang ..cubalah untuk bermanis muka ,cubalah cakap dengan baik .tak rugi ,,bahkan dapat pahala kerana kita berusaha melawan rasa amarah ..kerana amarah itu semua datang daripada syaitan ...dia akan menghasut dan buat apa sahaja untuk menimbulkan rasa yang tidak baik dalam diri manusia ...supaya kita berkelahi ..
jika kita dapat tangani rasa marah itu ,,maka kita adalah orang yang bijak ...
kita adalah orang yang berjaya ..


kesimpulannya *rajin pulak nak buat kesimpulan ,
berhati hati ketika berkata kata ,fikir dahulu sebelum berbicara .
kerana lidah lebih tajam daripada sebilah pedang ...dan hati manusia pula mungkin mudah terluka .
manusia juga kadang mudah untuk memaafkan tapi payah untuk melupakan ...Wallahua'lam .. :)

sekian daripada hamba ALLAH yang tidak sempurna .

No comments: