Alhamdulillah ...terase sangat cepat mase berlalu ...tinggal kurang 10 hari lagi kita akan sambut Aidulfitri .sedih rasanya hati bila Ramadhan kian menjauh . Biarpun ibadah sunatku mcm chipsmore ,kesedihan turut terase ...10 malam terakhir sedikit kecewa kerana tak dapat nak bangun malam seperti diimpikan ..bangun-bangun je dah pukul 5 lebih ..sempat sahur aje laa ..malam tadi Alhamdulillah dengan izin Allah ,aku terjaga dengan alarm phone..biase susah nak dengar.hehe ....tertunailah juge hasrat hati nak solat sunat 2 rakaat untuk umi dan abah ...Ya Allah ,masukkanlah ibu bapaku ke dalam JannahMu...Amib YaRabb .
like this BLOG ?
Tuesday, July 30, 2013
Thursday, June 27, 2013
'COVERING' OUR AURAT - KAKI
Ramai yang
pandang remeh pasal aurat kaki kan? sama jugak macam aku dulu ...
orang cakap kaki tu aurat ,pakai laa stokin
kaki ..
aku cakap mane ade ,ramai je orang tak pakai
sarung kaki .
Sehinggalah 2
tahun lepas *lepas
stpm* ,aku diuji oleh-NYA.. tapak kaki aku tibe-tibe tumbuh sejenis
penyakit ..
*orang panggil ketuat*.
aku tak pasti ye
ke tidak penyakit tu kena kat aku..
Mula-mula kecil
,lepas tu macam dah merebak ,makin banyak...aku nak berjalan memang sakit
,takleh nak pijak mende-mende keras .atas carpet je boleh..selipar pun kene
pakai yang lembut je..jalan atas lantai pun kadang-kadang terasa sakitnya..bila
jalan ,mesti terhenjut-henjut.maluu sangat mase tu ..macam-macam jenis ubat aku
pakai ,losyen pun sapuu jugak ..tapi tak jadi apa-apa pun.
Segala petua mak
nenek aku search kat internet ..ade la jugak try tapi still tak jalan ...dalam
fikiran aku,sampai tua ke aku mengidap penyakit ni ...alaaa,malu la nak kawen
nanti ..
*pikir kawen
jerrr ,HAHA *
Dan 1 hari ,aku terdengar
orang cakap pakai stokin boleh rawat kaki jadi bersih ,sihat ...
Lama jugak duk
pikir .Last-last pakai la jugak ...sebab pikir pakai stokin boleh kurangkan
sakit bila nak pijak lantai ..hehe.
Tapi mase tu aku
tak pakai laa stokin panjang ,paras buku lali je ..warna-warni lagi mak..dah
macam berpantang pulak rasa .HAHA..tiap masa pakai .tido pakai ,bangun tido pun
pakai lagi .. tiap hari aku berdoa supaya diampunkan dosa-dosa dan sembuhkan
kaki aku ni.
4 hingga 5 bulan
jugak laa aku pakai stokin pendek tu ...tiba-tiba aku rasa macam dah boleh
pijak ..
Aku tengok kat tapak
kaki aku dah takde apa ,bersih ..segala penyakit tu berkumpul kat tapak kaki
aku jadi macam sebiji pasir melekat ,lepas buang pasir tu ...aku dah boleh
jalan seperti biasa YA ALLAH...aku dah boleh jalan YA ALLAH ....aku dah sihat
sepenuhnya YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH YA
ALLAH....syukurrr sesangat !
Rasa macam nak
menangis pun ada.suuuuka sangat time tu ..
Bila dah baik
,aku pun taknak dah pakai stokin ..bila nak keluar esok harinya ,aku tak pakai
stokin ...kaki kan dah cantik ...tapi bila tak pakai ,aku rasa sangatt malu
..lebih malu daripada jalan henjut-henjut hari tu.rasa macam aku keluar
bertelanjang.
YA ALLAH ,Tuhan
je tahu .rase macam nak londehkan je kain ni..sebab nak cover kaki .Uihhh ,tak
boleh jadi ni .
Lepas tu ,aku dah
buat keputusan untuk meng-cover aurat kaki dengan berstokin.Bukan dengan stokin
pendek dah ,tapi stokin panjang ..tak panas pun sebenarnya pakai stokin ni
...tak boleh nak pakai panjang terus takpe ,mulalah dengan stokin pendek-pendek
dulu ..mula-mula akan rasa tak biasa .tapi bila dah terbiasa ,akan rasa maluu
bila tak pakai ..orang asyik tengok aje kaki kite ..kan? kaki itu aurat sayangg
,berdosa kalau kita dedahkan .masih tak terlambat untuk kita berubah.
gambar hiasan |
*’saya’ pulak okey :D*
Apa yang saya nak
kongsi ialah Alah Bisa,Tegal Biasa ..saya akan doakan kalian yang ingin berubah
akan terus beristiqamah dalam penghijrahan ..Semoga ditetapkan iman.Doakan juga
saya supaya sentiasa beristiqamah mencari jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT .
EGONYA SI ANAK
Sungguhpun ketaatan seorang isteri kepada
suami mengatasi segalanya,perlukah dia perlakukan begitu terhadap ayahnya
sendiri ?
Sungguhpun syurga telah beralih ke tapak
kaki suami ,perlukah dia tidak menghiraukan si ayah?
betapa besarnya ego seorang anak terhadap
ayah kandungnya ,YA ALLAH..
hatiku turut tersentuh ,terluka ...kerana si
ayah diperlaku sebegitu rupa .
apalah yang telah dilakukan si ayah sehingga
dilayan begitu ..
Dia langsung tidak menegur walau sepatah
mahupun bersalam dengan si bapa ketika dikunjungi
si bapa.Bagaimana agaknya perasaan si bapa yang tua itu ...perkenalkan cucu
kepada datuknya tidak dan perkenalkan datuk kepada cucunya sendiri juga tidak.
hati batukah dia?
Keras benarkah hati dia?
tidak tahukah dia pahit getir si bapa ketika besarkan dia dahulu?
Tidak tahukah dia akan dosa dan pahala?
si anak itu seorang guru ,mana mungkin dia
tidak tahu .
air muka si ayah mungkin nampak jernih
sahaja,akan tetapi hatinya merintih sedih ...
sedih mengenangkan si anak yang perlakukan
dia seperti orang luar ,seperti tidak wujud dihadapannya .
mungkin ketika si bapa yang tua itu tiada
didunia lagi ,barulah dia tercari-cari kemaafan si ayah.mungkin benar ,setelah
barang yang kita miliki itu hilang...barulah kita tahu untuk menghargai ...
semoga timbul kesedaran dalam diri si anak
tersebut sebelum waktu sudah tertutup untuk memberi kemaafan kepadanya ....Aamiin..
HATI SEORANG IBU
Seperti biasa setiap hari Jumaat
aku akan ke kelas jahitan manik di Empower Kemaman.Dalam kelas tu ,aku lahh
yang paling muda ..yang lain semuanya umur lingkungan 25-50 tahun .. cikgu
suruh bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.setiap kumpulan hanya 4
orang.Dan salah seorang ahli kumpulan aku ialah seorang ibu ..
Semasa kami semua kusyuk
jahit-jahit manik tu ,dia buka cerita pasal anak.Makcik tu cakap ..takutnya
semalam tengok video orang bersalin dengan cara pembedahan kat motivasi sekolah
anak..ramai budak-budak menangis semalam.insaflah tu kot tengok pengorbanan
mak-mak dia,katanya...
Aku yang kusyuk duk tilik manik
terus angkat muka..sebab teringat video yang pernah ditunjukkan pada aku dan
kawan-kawan masa motivasi kat sekolah lama dulu ..memangg sedih pun ,dengan
musik yang touchingg gile tu ..memang boleh nangis laa .aku cakap kat makcik tu
“sekejap je insafnye tu makcik.. “..macam aku dulu-dulu jugak ..hehe. *dulu kan budak lagi.*
Makcik tu diam ...tak lama lepas
tu,dia cerita lagi..
Makcik
: makcik lagi ‘ngam’ dengan anak
saudara daripada anak sendiri...
Aku : kenapa macam tu ? *sambil
sengeh-sengeh*
Makcik
: tak tau lahh ..
Aku : anak makcik perempuan ke lelaki ? umur
berapa ?
Makcik :Lelaki perempuan semua ada.Sulong lelaki
,SPM la tahun ni .
Aku : oohh ,mungkin dia rapat dengan ayah dia
... * sekadar menyedapkan hati makcik*
Makcik : takde lah ,dengan ayah dia pun tak rapat
jugak..budak-budak sekarang asyik nak
lebihkan kawan ...
Aku : duduk asrama biasanya macam tu la
budak-budak ni ..sebab dah hari-hari
jumpa. *sekadar menyedapkan hati
makcik*
Makcik : tak duduk asrama pun Asmaa ..
Aku : Dia takde cerita apa-apa dengan makcik
?macam saya ,saya akan cerita apa sahaja
masalah yang perlu dikongsi dengan mak ..macam kawan.kalau masa kecil ,
mak ajar kami cara lain ..bila besar,cara lain ...
Makcik
: Ada cerita kadang-kadang tapi
bosan .hahahaa *makcik ketawa ,dan aku tak
paham
kenapa dia
ketawa..mungkin itu hanya gurauan..aku pun ketawa lah sama.haha *
Makcik : hmm,budak-budak sekarang ni lebih
pentingkan kawan daripada
hati mak ayah dia. Tu yang kita
selalu terasa hati dengan dorang ...
apa-apa mesti nak kawan dia dulu ...tak fikir
dah kita .
muka makcik berubah bila dia
cakap macam tu ..macam sedih tapi bila tengok aku,dia
tersenyum tawar .. *sekadar taknak bagi orang tahu dia sedih*
aku terdiam tak tau dah nak kata
apa ..hanya membalas senyuman tawarnya.
mungkin hati seorang ibu ini sudah
beberapa kali terasa dengan kerenah anaknya
yang lebih mementingkan hati
orang luar berbanding hatinya yang
selama ini
mengandung,melahirkan,menjaga dan mendidik dia .
Saturday, June 15, 2013
JANJI-JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Monday, June 10, 2013
HIJRAHKU
Bismillah-Ar Rahman-Ar Rahim ..
Dengan nama ALLAH SWT ,aku bersyukur
kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar milikMU.Buat pertama
kalinya ,hari ini aku berhijrah dengan mengenakan tudung yang besar dari
biasa..Dan orang pertama yang melihat dan memujiku hari ini adalah umi ku
sendiri ...TERIMA KASEH UMI :’)
selama ni duk pakai bawal je.kadang-kadang tu
terfikir jugak ,menutup aurat dengan sempurnakah aku bila pakai tudung bawal?
banyak kali soalan tu bermain di fikiran.Entah kenapa aku rasa macam tak
lengkap.bawal bidang 45’ kan kecik je, nipis pulak tu ..bile duk tengah panas
siket ,berbayang habis leher ni haaa .sarung lengan pakai ,stokin pakai tapi
berbayang pulak tang leher ..tak sempurna jugak.aku cuba search internet tak
lama dulu ,tengok-tengok gambar orang yang pakai tudung labuh ...”cantiknye
die”. Bile pergi jalan-jalan ,terserempak pulak dengan yang bertudung labuh
...”cantikknyeee die”..”bilelah pulak aku nak pakai”.Entah wujud entah tak
ASMAA ALI yang bertudung labuh..
Niat ada tapi kekuatan tak
ada..macam-macam duk fikir,bisikan syaitan belaka.
# bila
aku kata nak pakai ,syaitan kata ‘nanti
susah nak bergaya’.
# bila
aku kata nak pakai, syaitan kata ‘tunggu
laa kontrak kerja mu habis dulu’.
# bila
aku kata nak pakai,syaitan kata ’susah nak
cari tudung macam tu ,pakai bawal pun dah tutup aurat ape’.
# Bila
aku kata nak pakai,syaitan kata ’mu
kahwin nanti ,pakai laa’.
Sedikit demi sedikit aku termakan
jugak kata-kata encik syaitan tu tapi ALHAMDULILLAH ...ALLAH masih ingin
memberi aku peluang perbetulkan apa yang salah.
# Aku
tengok orang pakai tudung labuh comell je ,bergaya bukan apa yang ALLAH nak
tapi amalan yang DIA tengok.
# kalau
nak tunggu aku habis kontrak kerja dulu,entah bila akan habis.syaitan akan
terus menghasut..dari 1 kerja ke 1 kerja..peduli apa orang nak kata pakai
tudung labuh bila kerja kat tapak projek..yang penting ALLAH akan tengok kita.
# susah
nak cari bukan masalah,sekarang semua dihujung jari ..CARI. hendak 1000
daya,tak hendak 1001 dalih.dulu pun aku macam tu,aku dah cari tudung tu kat
kedai tapi tak ada ..besarnya dugaan.jadi aku batalkan je niat tu.dan semalam
tiba-tiba aku rase nak pergi cari tudung lepas habis kerja pukul
5.00petang.redah ‘jem’ pun tak apa ...bila sampai kat kedai tu ,ALHAMDULILLAH
...ada tapi tak banyak dah .last stock ..Aku sempat beli 3 helai je ..kire okey
la tu .
# kalau
nak tunggu kahwin baru nak pakai ,mau aku mati dulu ...jawabnya berdosalah
aku.satu lagi ,nak kesian kat suami je ke?nak bagi suami je ke masuk syurga?kat
ayah tak kesian ,yang dari kecik jaga kita ? tak nak ke ayah kita masuk syurga
sama?tak nak ke?kesiann ayah kitaa ... kata sayang ayah.
Lama aku cari kekuatan untuk
berhijab labuh ..lama aku kumpul kekuatan tu ..sampai satu tahap,aku hampir
jatuh ke tangan syaitan laknatullah ..tapi ALLAH masih sayang hambanya ini,DIA
temukan aku dengan orang-orang yang baik ..DIA temukan aku dengan orang-orang
yang sudi nasihatkan aku dikala salah.DIA kurniakan aku ibu bapa yang sangatt
baik ..
syukur YA ALLAH.
Istiqamahkanlah aku di jalan lurusMU ini...janganlah
Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau betulkan ia..aamiin ....
Thursday, May 23, 2013
Demi Islam,kami berkorban apa sahaja.
Seorang saudara saya yang merupakan seorang tentera darat
dan pembantunya telah disahkan hilang setelah selesai melakukan operasi
penyelamatan mangsa tawanan di Israel.Beliau dipercayai telah dilarikan oleh
tentera-tentera Israel ekoran daripada penemuan barang milik beliau seperti
pakaian koyak yang mempunyai kesan darah akibat membalut luka,tapak kasut yang
dipakai beliau dan juga radio askar yang mempunyai kesan dibakar.
Kemungkinan
dilakukan oleh pihak tentera Israel Laknatullah.
Kata penduduk di sekitar
itu,dia terlihat sekumpulan tentera Israel sedang mengepung beliau serta
pembantunya.Pencarian segera dilakukan,3 buah helikopter mencarinya melebihi
lokasi operasi ..bahkan sehingga ke Laut Merah.Namun masih tidak dijumpai.
ALLAH,sedihnya tak terkira kami
sekeluarga disini.Hanya ALLAH yang tahu .
Dengan semangat jihad yang ada,operasi dilakukan sekali lagi
bagi mencari mereka..dan akhirnya ditemukan.Berlaku adegan tembak menembak dan
akhirnya 6 orang tentera penyelamat gugur .Saudara saya selamat dikeluarkan
daripada tempat tersebut namun pada waktu itu beliau sudah tidak
berdaya.Pembantunya yang turut ditawan bersamanya gugur jua di situ ketika
ingin menyelamatkan saudara saya yang diacukan senapang di
kepala.ALLAHURABBI.Syurgalah ganjaranmu kelak wahai pejuang Islam.
Saudara saya mengalami kecederaan dalaman yang teruk .Mungkin
disepak,diterajang oleh tentera Israel Laknatullah.Beliau ditembak di
paha,perut dan dada.Keseluruhan badannya lebam-lebam.Sehingga waktu ini ,beliau
masih belum sedarkan diri.Doktor di sana mengatakan bahawa kondisinya hanya 45%
.
Kini beliau akan dikomakan selama 4 minggu..YA ALLAH,selamatkanlah hambaMU itu
...berikanlah dia jalan terbaik .
Indahnya Tawakkal
‘Sekiranya
kamu bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakal,nescaya ALLAH
memberimu rezeki kepadamu sebagai mana yang diberikanNya kepada burung burung
,terbang dipagi hari dalam keadaan kelaparan dan pulang dipetang hari dalam
kekenyangan.’
Kami sekeluarga buat keputusan untuk
berniaga dekat kawasan kerja aku,kawasan perindustrian Teluk Kalong.Takde
rumah-rumah.Cuma ada kilang-kilang yang beroperasi....mencuba nasib kat situ la
pulak.Berbekalkan sekaki payung bulat dan sebuah meja lipat ,kami memulakan
perniagaan...umi dan adek perempuan aku berniaga,aku dan kakak kerja..abah
pulak dah tua,selalu tak sihat..umi suruh duk rumah aje..jage kebun..semoga
kami sekeluarga dimurahkan rezeki dengan usaha,doa dan tawakal ...Aamiin ...
HARI 1#
Hari pertama niaga,semua
semangat...lebih-lebih lagi adek aku tu haa..haha.Pukul 10 pagi umi dah datang
,umi jual BIG karipap je hari pertama .waktu rehat pukul 1 petang aku keluar
ofis then terus pergi kat umi ..sebab dah bagitahu umi,rehat je aku dan kakak boleh
keluar sekejap..pukul 1.45 petang aku masuk la ofis balik . pukul 2.30 petang
umi dah kemas-kemas nak balik .umi cakap seorang je datang hari ni ..beli 7
biji big karipap.dapat lah RM7 hari
tuu ...sedih laa jugak ,tapi masing-masing pujuk hati ..ini baru permulaan...mungkin
sebab hari tu hari sabtu ,sikit je orang bekerja ..tambah pulak kite baru kat
situu.sabarlahh hati.., ini ujian dari Allah..ujian diberi bukan untuk mengajar
kita berputus asa,tapi mengajar kita menjadi lebih kuat .InsyaALLAH esok masih
ada.....
HARI 2#
Umi datang lewat sikit daripada
semalam ,pukul 11.30 pagi.hari ni umi buat lauk-pauk siket .ringkas-ringkas
je...ikan singgang,sayur goreng,daging masak merah ...sambal
belacan..ulam-ulam... tu je laaa.1 jam lebih umi stay kat situ,but still no one
stop there..umi call cakap’susahnye nak dapat
pelanggan...’.bile dengar umi kate macam tu,sayu sangat hati ni
walaupun senyuman terukir di bibir....sabar lah umi,ALLAH dah tetapkan rezeki
seseorang hambanya ituu...kejap-kejap lagi ade la pelanggan tu...and last,hari
ni ade lah dalam 5 6 orang datang beli..Alhamdulillah ...hari kedua dapatlah RM40.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....
Malam tu abah sakit kaki ,gout .takleh nak jalan
langsung ..kesiann tengok abah :’(
Umi ngan aku bawak abah pegi klinik
,dapat injection sembuhlah ...tapi sekali inject cas RM50 makkk ...mahalnyaaa
sekarang...abah diletakkan atas kerusi roda,nak masuk pintu klinik pulak
payah..abah berat,dan khudrat umi ngan aku ni ape la sangat ...perempuan..tapi
ALHAMDULILLAH trime kaseh ...ade lagi yang sudi bantu kami ..tolong angkat
kerusi roda abah,tolong bukakkan pintu ...walau pun nampak kecil,aku tetap
hargai ..:’) .. Setiap kali aku rase ‘payahnyaaaa hidup YA ALLAH’,setiap
kali itulah aku akan cepat-cepat ingat bahawa ALLAH tidak akan menguji hambanya
jika Dia tahu kita tak mampu nak hadapi .Dan ujian ALLAH juga adalah untuk
memberi kekuatan kepada kita..ujian ALLAH juga adalah kerana DIA sayang akan
hambaNYA....Allahurabbi.
HARI 3#
ALHAMDULILLAH rezeki daripada ALLAH
semakin bertambah... jumlah jualan RM80
hari ni...dari jauh dah nampak sengeh adek aku..HAHA.Alhamdulillah YA
Allah...murahkanlah rezeki kami sekeluarga...ingatkanlah kami supaya sentiasa
ingat untuk bersyukur kepadaMU YA ALLAH....semoga hari-hari seterusnya kami
sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberi olehMU.
HARI 4#
RM56
. Banyak lauk tak habis hari ni ... daging ,sayur ,ayam....umi ngan adek
macam ade ‘frust’ sikit...5% .Apa-apa pun,Syukur kepada Allah ...
HARI 5#
Hari ni nasi habis awal ..aku keluar
rehat pukul 1 ,nasi dah habis.tinggal lauk aje siket-siket .
Sampaikan kerak nasi pun orang
mintak beli lagi.Alhamdulillah...murah sungguh rezeki hari ni..hari ni dapat
RM92.Terima kaseh YA ALLAH ,kerana makbulkan doa hambaMU ini....setiap hari aku
berdoa agar dimurahkan rezeki kami sekeluarga,diberi petunjuk ke jalan yang
benar ..InsyaALLAH J
Rezeki itu ada dimana-mana .tak
perlu takut untuk mencuba .kalau tak boleh cara A,guna cara B ..tak jalan cara
B,guna cara C pulak ...sampailahhh Z.. hidup berniaga ni macam roda
jugak,kadang kita di atas kadang kita di bawah.Sabar adalah ubatnya ....bila
kita diberi rezeki lebih hari ni,itu maknanya ALLAH sedang beri kita semangat
untuk mulakan hari esok...dan bila kita mengalami kerugian,itu maknanya ALLAH
sedang nasihatkan kita supaya tidak mudah berputus asa untuk mulakan hari esok
... J
###
5 hari telah pun berlalu...Tujuan aku bercerita disini tiada niat lain
selain ingin berkongsi rasa hati serta pengalaman berniaga di tepi jalan..Segalanya
bermula dari bawah.Ada turun,ada naik .Cara menerima setiap yang berlaku itu
ada pada kita sendiri ...Sama ada menerima dengan cara positif ataupun negatif
.ALLAH telah tetapkan seseorang itu dengan rezekinya masing-masing.Berbaik
sangkalah dengan ALLAH SWT.InsyaALLAH pasti berjaya .
Salam Sayang,
PENCINTA
ILAHI
Monday, April 29, 2013
Bismillahirrahmanirrahim ...
Dah lame rasenye aku tak menaip kat sini .Alhamdulillah dah
nak masuk 2 bulan aku kerje kat sane .mula-mula kerje kat sini nervous la jugak
sebab aku tak tahu ape-ape bab kerani ni ...orang kate,senang jerr keje kerani
tuuu ...tahu guna microsoft okeyy la .errpp ,masalahnye microsoft pun aku tak
pandai ..haha ,,pelik ke ?orang kate aku pandaii sebab ade facebook dan blog
.HAHA ,nak tergelok eden ..mende-mende tu sume memangg aku pandai
(sikit-sikit),tapi tak semestinye aku pandai sume hal pasal komputer .dah orang
kate aku pandai ,,aku pun redah je laaa interview .orang tanye boleh ke tak
,kate bolehh je laa..nak keje punye pasal..hehee .
And on the first day ,supervisor pulak datang lambat ..kate
masuk kerje pukul 8 .aku pun tunggu laa ...tunggu punye tunggu ,pukul 2 petang
baru sampai ...mak aihhh,bapak lame .masuk je pejabat(kabin),terkejut beruk aku
sebab sume barangg terabur ,,bersepah –sepah..lastly ape je die suruh buat
,...kemas-kemas,susun fail ,susun kertas ..
pheww~~~ tu jee rupenye ..haha .susah payah aku suruh kakak
aku ajar gune microsoft malam sebelum tu .... pulak tu supervisor senyappp aje
.tak banyak cakap ..1 aku tanye ,1 die jawab ..aku pun jadi malass nak tanye
ape ..tapi sekarang die dah resign ..tak tahu laa pasal ape ,tak tahan kene
marah dengan orang atasan kot ..kottt laaa ...
and semalam penolong pengurus projek tempat aku ni datangg
.sebab dah takde supervisor kan ,,die laa ambek alih ..die cakap ‘bia saye ajar
awak laa senangg ..ganti tempat zaidi(supervisor)’.
‘saye naikkan laa gaji awak nanti’.
Gulpp ,telan air liur akuu ...bia betul ??aku diam je sambil
senyum senyum comel gituu ..haha .aku belajar civil engineering pun mase form
4/5 je. Tu pun belajar teori ,bukan practical ...mane laa aku tahu sangat pasal
ni ..tapi ade la jugak cube-cube belajar bace construction drawing dorang yang
tersangkut banyak-banyak dalam ofis ni ...not bad laa.boleh sikit sikit ,tapi
kalau nak suruh masuk site tengok ape keje dorang buat sumpah blank .haha.tak
tahu satu bende pun ...duk sini ,ade laaa belajarr name-name jentera tuu
...crane ,backhoe,backpusher,excavator. HAHA.kelakar pun ade.
Dah macam lelaki pulak nak ambek tahu pasal mende tu sume
..padahal keje kerani je pun kat sini ...tapi takpe laahh,,nanti orang duk
sembang takdelahh aku tak tahu langsungg .seronok je keje kat sini sebab orang
kat sini hormat aku sebagai perempuan ..ade orang kate tak elok keje kat
kawasan projek ni ..sebab majoritinya lelaki ...yepp ,kat sini memang sume laki
,2 orang je perempuan ....tapi tu bukan masalah sebenarnye ,,cara kite bawak
diri kite tu sebenarnye yang penting ...kalau duk meng-gedik sane sini memang
orang senang laa nak ambek kesempatan ..ace buat ade maruah sikit ,,takde lahh
die berani-berani nak buat kite ...kan ?
Umi selalu pesan ,,duk keje kat kawasan ramai lelaki tu
jangan sombong sangat ...senyum je,jangan cakap kasar ..nanti kalau dorang
sakit hati dengan kite ,macam-macam die boleh buat ... Alhamdulillah setakat ni
okey je budak budak kerje kat sini ..sume baek-baek .usik-usik tu perkare biase
laa...dah namenye LELAKI .asalkan kite tak layan,sudah ... J
Monday, February 18, 2013
ALLAH MAHA MENGETAHUI
Assalamualaikum ..terase rindu nak berceloteh di ruangan ni ..rase sedih tetibe .
dah berape bulan aku tak meng-hapdate kat sini ek ? sebenarnye dah banyak kali cuba menulis tapi bile tulis sebaris ,padam ...tulis sepatah ,padam lagi ..pastu tulis tulis lagihh ,tekan save ..haishh ,dah 5 6 kali jadik camtu .sekarang aku lebih teragak-agak berbanding dulu dulu ...dulu kalau nak taip ,taippp je ape terlintas ..sekarang tak dah ,nak taip mesti kene pikir banyak kali ..boleh ke ? boleh ke ?
bukan hape ,kan ade orang kate kite tak payah laa nk mengadu sane sini ...Allah sahaja sudah memadai ..Subhanallah ... sedih pulak rase ... banyak bende tak kene dengan diri ini sekarang .. tapi InsyaAllah sentiasa mencari dan mencari ,,dan membuat perubahan sedikit sedikit ...dan diri ini juge sedang berusaha untuk ber-istiqamah ..bantulah hamba Mu ini YA ALLAH ..
sama sama kita perbaiki diri kita meh ,hidup kite tak lama pun ...semakain berjalan waktu ,semakin hampir kite dengan kematian .Subhanallah takutnya .... ape kite nak bawak ,apa kite nak tunjuk kat DIA di akhirat nanti ?aku bukan kata kat sesapa ,tapi kat diri sendiri ... masih banyak yang kurang ,terlalu banyakk ...
YA ALLAH YA TUHANKU, kuatkan iman hambaMU ini serta orang orang Islam seluruhnya ..bukakanlah mata kami bahawa ISLAM itu indah .... bimbinglah kami ke jalanMU yang lurus YA ALLAH .. janganlah engkau biarkan kami terkontang kanting tanpa nur hidayah-MU YA ALLAH .... hanya padaMU kami meminta pertolongan dan hanya KAMU yang memberi pertolongan ...AAMIIN .

Saturday, February 2, 2013
kasihmu AYAH
BACA !! [ KISAH BENAR ]
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
sayangilah orangtua kita, sementara mereka masih ada...
kepada yg sudah kehilangan orangtua, sedekahkan al-fatihah dan kirimkanlah doa buat mereka...
sumber :facebook
*menangis tak terkata bila saya baca kisah ini ..sangat menyentuh perasaan :'(

Thursday, January 3, 2013
resepi kek coklat mudah .
resepi ni sebenarnya dari kawan jugak ,hari tu masa majlis ape ape aje die selalu buat ..
then bile rase ,'eh sedap laaa ..'
mintak resepi ngan die ,then buat sendiri kat rumah . ade jiranjiran datang ,hidangkan kat dorang ..
pastu die cakap ,esok buat eh ,nak rm10 . HAHA .tak sangke ade sambutan . banyak kali jugak die order .
then pegi ape ape majlis ,aku pun bawak laaa kek special tuhh .haha .
and ramai cakap sedap sedap sedappp ..
nah nak kongsi resepi ,buat sendiri dan rase sendiri kesedapannye .
SELAMAT MENCUBA :)
3 biji telur (pukul sampai kembang)
BAHAN A
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
-masak semua BAHAN A dengan api perlahan ,kacau hingga sebati .
-ayak BAHAN B supaya tiada bendasing .nak senang ,ayakkan sekaligus ..takpayah asing asing .
-akhir sekali ,masukkan BAHAN A dan BAHAN B sedikit-sedikit secara bergilir-gilir ke dalam bekas telur yang dipukul tadi .
-untuk hasil yang lebih gebuss ,tapis dulu adunan sebelum dikukus ..supaya anda yakin takde ketul ketul tepung tuuu .
-kukus api sederhana selama 1 jam .
#SELAMAT MENCUBA ,SHARING IS CARING :)

Subscribe to:
Posts (Atom)