like this BLOG ?

Thursday, June 21, 2012

perginya seorang bapa saudara

| 19 jun 2012 | selasa | 5.55 petang
lokasi : HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN(  HTAA )

semua sanak saudara sebak ,sedih ,menangis ,meratap kerana perginya seorang lagi hamba ALLAH yang juga merangkap sebagai bapa saudaraku , ABDUL RAHMAN BIN SAID (49)  senenek sedatuk . dia meninggalkan seorang isteri dan 3 anak .mereka akur ,mereka redha , mereka pasrah .itulah janji ALLAH kepadanya .sokongan diberi tanpa henti ..
ceritanya begini ....

| 19 jun 2012 |
-1.15 pagi -
mak long aku call mak ,dia bagitau pak long koma .
- bangun pagi -
mak bagitau nak pegi hospital kuantan 9.30 pagi nanti ,nak tengok pak long .
- 9.00 pagi -
maklong call lagi sambil nangis nangis ,dia cakap paklong dah tenat .jantung dia dah nak berhenti .
kalau setengah jam lagi tak naik nadi dia , takde harapan . kami terus siap cepat cepat ,capai ape yang sempat then pegi sane .
- 11.30 pagi -
yep ,dari kerteh almost 1 hour 30 minutes jugak la nak sampai sane .cari parking lagi dah nak dekat setengah jam ..hope everything is gonna be ok . maklong cakap kalau sampai hospital tu bagitau guard name paklong ,dia akan bagi masuk ..sebab critical . paklong takleh duk kat wad icu sebab dah penuh .mesin pown dah habis .so kena pakai manual ..nurse bergilir gilir pam alat pernafasan tu .
setibanya kami dekat wad sana ,air mata terus mengalir . tersangatlah sayu hati ni bila tengok maklong tengah bace yaasin ,anak anak dia bisikkan sesuatu kat telinga dia ,nak suruh mengucap .
wayar sana sini .sanak saudara penuh ruang dalam dan koridor luar tu .tunggu dan tunggu .saudara mara makin ramai yang datang .
- 2.00 petang -
masih takde perkembangan , kadar nadi dia masih lagi tak stabil dan masih bergantung pada mesin tu . kami pergi solat dan makan dulu .
- asar -
nadi makin turun ,nurse cabut pam pernafasan tu .then pasang balik .
pam ,pam dan terus pam .
- dalam pukul 5.30petang -
nurse buang pam pernafasan , biar paklong bernafas dengan sendirinya .sebab dengan pakai pam tu ,dia mungkin lebih terseksa .suasana makin tegang ,semua mata yang memandang mula menangis ..dan aku juga .
kami tahu dia dah tak boleh bernafas dengan sendirinya ..maklong rasa dadanya ,jantung dah tak berdegup .
suasana jadi lebih tegang .
kami hanya mampu menunggu mesin nadi tu sampai nombor 0 .
49
48
47
46
45
44
..............
....
.....
..


10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0 dan teeetttttttt ________________________________________

YA ALLAH ,dia telah dibawa pergi ..untuk selamanya ......
menangislah air mata darah sekalipun ,dia tidak akan kembali .
hanya doa yang mampu dikirim untuk membantunya disana .

mengikut cerita isterinya ,maklong ...paklong pergi ke hospital seorang diri seperti biasa ..untuk cuci buah pinggang selama 3hari2malam ..pada malam sebelum kejadian ,nurse di wad tersebut tengok dia tekan tekan kepala ,duduk pun tak diam ..sangka nurse ,dia sedang ber'exercise' .
tak lama kemudian ,dia mengalami sawan dan terus koma .
kata doktor ,tekanan darahnya terlalu tinggi sehingga pecah saluran darah di otak ..
jenazah di bawa ke kampung maklong ,FELDA JERANGAU untuk disemadikan disana .
segala urusan berjalan dengan lancar .Alhamdulillah ..

setiap yang hidup pasti akan mati .
dan yang pergi takkan kembali lagi .
doakanlah arwah paklong tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman .
amin ....
hari ini hari orang ,hari esok hari kita pula .
siapa tahu .
wallahua'lam .AL-FATIHAH .... ~






1 comment:

juan davinci said...

sabar yer..x mo nangis2..