like this BLOG ?

Thursday, February 2, 2012

kehilanganmu tiada gantinya .

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

selamat sejahtera semue ,
tetibe nak kongsi cerite sedih ni dengan anda anda semue .
agak agak korang ingat lagi tak tarikh istimewa ni ,
11.11.11 .
masih mekar memori itu ,
2011 merupekan tahun penting aku sebagai calon STPM .

10.11.2011 -12.11.2011 ialah tarikh kem akademik yang dianjurkan pihak sekolah di salah satu resort di DUNGUN ,TERENGGANU .
dan aku sebagai pesertanya ..
hmmm,,amat sayu hati bile terkenangkan peristiwa ni .
11.11.2011 merupakan hari JUMAAT .
dalam pukul 1 tengahari ,aku dapat 1 sms dari fira , sahabat sebantal sekatil sekelas sehati sejiwe aku di sekolah teknik dulu ..
sms tu berbunyi ''semaq ,ayoh aku takdop doh ''(asmaa ,ayah aku takde dah )
YA ALLAH ,bagai nak luruh jantung aku .aku jadi panik ,kebetulan mase tu mase rehat kami dan baru selesai makan tengahari ..
aku agak terburu buru masuk ke bilik resort tu dan terus call sahabat aku tu ,tapi tak diangkat .

air mate dah mule merembes tanpa henti ,semakin laju dan semakin laju ...
kawan kawan sebilik dengan aku tak dapat nak tenangkan aku ,
aku bagai hilang kawalan ,mencari cari nombor nombor sahabat laen untuk dapatkan kepastian ..
namun hampa ,,panggilanku masih tak berjawab .
air mate terus laju seperti arus sungai dan aku menangis semahu mahunya tanpa pedulikan pandangan sayu dari kawankawan lain.
tibe tibe salah satu sahabat yang terima panggilan aku sebentar tadi tu telefon aku balik .
ade getaran pada suarenye ,aku kuatkan hati untuk bertanye ...
aku : effa ,betul ke ?
hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku .
effa : betul ,aku tengah cari kerete sewe ni ,nak pergi sane .
aku : effa ,,aku pun nak gi gak ..tapi aku dekat kem sekarang ni ...
effa : takleh mintak keluar ke ?
aku : aku nak keluar camne effa ,aku takde kenderaan ...(sebak)
aku berserah ...dengan berjujuran air mate ..
aku : takpelah ,bile ko sampai sane tolong sampaian salam aku untuk fira dan keluarge ..sampaikan maaf aku sebab takleh datang ..:'(
panggilan dimatikan .
aku menangis semahu mahunya ,,
aku kehilangan seorang yang sangat baek dimate aku .aku selalu jugak bermalam kat rumah arwah ..sebab aku ,effa dan fira kawan baek ..
kami selalu tidur rumah arwah ,bile kitorang datang je umah arwah .arwah dan family layan kitorang first class.walaupun die bukan orang kaya ,tapi hati die kaya ..kaya dengan budi pekerti.
dan atas sebab itulah ,kami selesa dan senang dengan arwah ..kami dilayan seperti anak mereke sendiri .
buat itu buat ini untuk kami ,masak itu masak ini .
orangnya pun kelakar ,kate kate arwah boleh buatkan kami gelak ..
betul ,dan bile dapat berite arwah dijemput bertemu ILAHI ,aku seakan tak percaye .
lemah segala pergerakan ,walaupun die tiada pertalian darah dengan aku ,aku sedih kerana kehilangan salah seorang insan yang disayangi ..betapa sayunya hati .
betullah orang kata ,,''budi yang baik akan dikenang jua ''..
begitulah juge dengan arwah ,disebabkan hatinya yang baek ..arwah sentiasa diingati .
punca arwah meninggal adalah kerana sesak nafas ,,seminggu sebelum tu dah dimasukkan ke hospital.
aku dan keluarga memang merancang nak ziarah arwah kat sane tapi tak kesampaian sebab selalu ade halangan ..itulah yang aku terkilan ,tak sempat melawatt arwah .
aku berwuduk dan solat untuk tenangkan diri yang macam tak betul tu ..
aku mohon kepada ALLAH supaye pemergiannya dirahmati dihari JUMAAT tersebut dan ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh .amin ya rabbalalamin...
selepas pemergian arwah tokwan aku 7 tahun lepas ,inilah sekali lagi pemergian seorang insan yang membuatkan aku sedih tak terkata ..kalau disebut sebut tentang mereka (tokwan dan arwah ayah sahabat),air mata akan bergenang tanpa diduge ..ye ,begitulah sayangnya aku kat mereka ..

namum aku redha ,,setiap yang hidup pasti akan mati .

dan aku bersyukur masih mempunyai ibubapa dan ahli keluarga yang boleh melihat perkembangan kejayaan aku hingga ke hari ini ,semoge mereka dipanjangkan umur dan sentiase diberi kesihatan zahir dan batin ....
sayang kamu!
umi ngan abah 
bersame adek beradek ,aku paling beso !
^^,

adek bongsu and the only one boy !

terima kaseh YA ALLAH kerana menemukan aku dengan orang orang yang baik di dunia ini ...
akhir kata ,semoga ALLAH tempatkan roh mereka ditempat yang baik baik ..AL-FATIHAH untuk arwah tokwan yang aku sayang dan arwah ayah sahabat aku ..







No comments: