like this BLOG ?

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, June 25, 2012

dengan mengingati ALLAH ,hati menjadi tenang

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)
tengah bosan bosan pagi tadi ,aku ber-blogwalking kejap .then terjumpa 1 blog yang sangat sangat berinfo .
pengisian blog tu agak menarik aku rasa . feel free to click here --> Dr.Cinta Punya Blog .

i know you will love her writing ..and me also love love love it very muchhh !
aku rasa aku agak ketinggalan ,haha .sebab bila tengok follower dia ,
'OH ,IM YOUR 11040 FOLLOWER.'
banyak info pasal agama ,and ade jugak entry dia yang bila aku baca ,boleh menitis air mata .
aku sedar ,masih banyak yang belum terlaksana sebagai seorang muslimah ..sebagai seorang hamba ALLAH swt .



sesungguhnya yang tertutup itu indah .
ini untuk awak ,saya dan semua .
let's do it dear ..pakai yang labuh sedikit dari biasa pun dah kira Alhamdulillah ...
ini kata kata dari satu video yang di letakkan dalam blog dia .
sememangnya nak berubah ke arah yang lebih baik itu susah ,payah ..
kerana syaitan akan datang menghasut tanpa henti supaya katakan TIDAK kepada yang baik baik .
tapi kita harus ingat ,
sehebat manapun kita ,secantik manapun kita , setinggi manapun kita berdiri ,
kita tetap manusia .
kita tetap manusia yang tidak boleh lari dari kesilapan ,
semua orang pernah buat silap ,semua orang banyak dosa .begitu jugak dengan diri aku .
tapi kalau menangis kerana menyesal sahaja tidak mampu mengubah apa apa .
melainkan kamu memohon ampun kepada ALLAH swt ,
mintalah kepada dia sebanyak mana sekalipun ,dan DIA tidak akan merungut .
bahkan DIA sayangg ,DIA suka akan hambaNya yang selalu ingat pada Nya .



p/s : jom saling berusaha kepada yang lebih baik .semoga diberkati olehNya . Insyaallah .


Monday, May 14, 2012

anda semua penting :')

kadang kadang kita rasa kita dah buat habis baik kat semua orang ..tapi kenyataannya kita sebagai manusia tak pernah mampu untuk bahagiakan semua orang ,tak pernah mampu untuk sukakan hati semua orang dalam satu masa ..
maaf kawan , kalau aku menyakitkan hatimu .. aku juga manusia biasa sepertimu .
dalam hidup ni , kite perlu pandai memilih perkara yang penting daripada yang penting .





orang selalu beritahu keluarga dia " mereka penting dalam hidup saya".
orang selalu beritahu sahabat dia " awak penting dalam hidup saya ".
orang selalu cakap kat kawan kawan dia " kamu semua penting dalam hidup saya ".
orang jugak selalu cakap kat teman lelaki dia "awak sangat penting dalam hidup saya ".
semua mereka adalah sangat penting .
tapi  ,
antara kawan dan teman lelaki ,aku akan dahulukan kawan ..
antara sahabat dan kawan ,aku akan dahulukan sahabat ..
antara keluarga dan sahabat ,aku akan dahulukan keluarga .
antara keluarga dan ALLAH  SWT ,aku akan dahulukan ALLAH SWT . .
kenapa ? kerana dalam semua yang penting ,pasti ada yang lebih penting .

usah bersangka buruk dengan menyatakan aku ingin melupakanmu ,
tapi aku perlu ,aku perlu memilih mereka yang penting daripada mereka mereka yang penting .


#feel free to share :)

Thursday, January 26, 2012

mampukah aku untuk mendapat 'hadiah' dari MU ?

ALHAMDULILLAH ,
masih dapat aku membuke mata ,
menggerakkan tangan ,
menggerakkan kaki untuk ke sana dan ke sini .
ALHAMDULILLAH YA ALLAH ..


rase sayu hati nak buat entry ni ,
air mate bergenang genang menunggu saat gugur ke tanah .
tahu kenape ?
saat ni aku terase diri ni tersangatlah hine ,tersangatlah kerdil,tersangatlahh kotor di sisi ALLAH ,
walaupun aku rase aku dah banyak buatt kebaikan dengan manusie sekeliling ,
tapi belum tentu cukup kebaikan yang dilakukan terhadap PENCIPTAKU dan makhluk makhluk laen .
laju je jemari ni menaipp keresahan hati malam ni ,
hati aku tersentapp ,mengalir laju air mate ni bile tengok satu video yang dipost oleh hambe ALLAH itu ,,
yang berkisar tentang hamba hamba ALLAH yang bermimpi bertemu RASULULLAH ,,
betape besarnya 'hadiah' yang mereka dapat dari ALLAH swt ,,
ALLAHUAKBAR ,,
sesungguhnya ENGKAU berhak memberi kepade sesiapa yang ENGKAU kehendaki .

sesiapa yang belum tengok video yang sangat menyentuh hati ni ,boleh tengok dekat SINI .

betul ,anda juge akann menangiss ..
ape yang membuatkan aku mula menangiss sepenuh hati  ,,ialahh apabila hamba ALLAH tersebut mengatakan bahawa
''siapalah saya sampai nabi nak peluk saya dan juge sakit belakang saya sembuh dan tak sakit sakit sampai sekarang .''

YA ALLAH ,,sungguh bertuahh hamba ALLAH itu ..
sehingga dapat bermimpi berjumpe dengan kekasihMU ..
aku terkedu dan air mate tak berhenti mengalir ketike tonton video tersebut ..
dan aku terfikir ,amalannya yang begitu membuatkan die berpeluang bermimpi bertemu dengan RASULULLAH ,,
dan kita ?
bagaimana amalan kita ?adakah sudah cukup untuk kita mendapat hadiah yang tidak terkira nilainya itu ?
ALLAHUAKBAR ,,,fikirkanlah sahabatku ..:(


Sunday, December 25, 2011

bersyukur masih diberi hati yang lembut

pernah tak kita pergi jalan jalan ke mane mane destinasi ,
dan otw ke sane tu kite terserempak atau terlihat dari jauh
dengan orang orang yang sedikit pelik ?
pelik macam mane ?
emm ,macam ..
orang yang jalan jongkang jongket ,
orang yang mulut senget ,
orang yang hidung kemett ,
orang yang mate juling ,
orang yang muke pelikk ..
pernah tak korang ?



ade tak korang tengok ade manusia yang sempurna fizikalnya yang ketawekan orang orang sebegitu ?
situasi normalnya ,mesti ade kan ?
mesti ade yang tengok dengan muke pelikk ,
lepas tu bisik bisik kawan sebelah ,
lepas tu tunjuk tunjuk kat orang tu ,
lepas tu sengeh sengeh macam kerang busuk ,
lepas tu jalan jaoh jaoh dengan orang tu ,
kononnye takut lah ape lah ..
memang macam tu manusie ,kan ?
pantang nampak bende pelik siket ,cepat je nak melatah ..

aku sendiri pown dah banyak pengalaman macam tu ,
tapi kali ni aku nak kongsi 1 pengalaman ..
minggu lepas aku pergi lawatan ,rombongan bas la kan .
otw ke MELAKA ,
berhenti dekat 1 traffic light ni ,
sit aku tepi tingkap ,
so senang la nak tengok kat luar tingkap tu ..
kire bahagian tengah jugak la tempat duduk aku tu ..
tibe tibe dengar kecoh orang ketawe kat belakang tu ..
budak budak laki duk bahagian belakang tu ,
aku paling la ke belakang ,nak tahu jugak ape yang lucu sangat an ..
pastu tengok la die tunjuk tunjuk tengok tengok kat luar tu ..
aku pown tengok la sekali ,
tahu ape yang lucu sangat bagi dorang tu ?

aku tengok ade pakcik tue tu ,pakai baju melayu ,seluar slek elok la .
lepas tu pakai kasut sukan ,
die nak lintas jalan ,tapi die punye jalan tu ,,
slow sangat sangat ,
bole kate kalah lhaa budak setahun yang baru pandai jalan tu .
nampak macam die tak boleh nak angkat kaki tinggi tinggi ,
die terpakse lajukan gerakan die ,sekse tengokk .
sebab takut traffic light hijau dan kerete kerete akan gerak la kan .
dah la mase tu hujan ,,
die ade pegang satu cebisan kotak tuk tutup kepale die dari kene hujan .
sian sangat aku tengokkk ..
sampai menitis air mate aku bile tengok die macam tu dan manusie yang ketawe tuhh .
sedih sebab ,
*mane sedare sedare die ,kenape biarkan die yang dah usie macam tu keluar lagi ..
*dan kenape orang tu takde perasaan sangat sampai boleh dijadikan bahan ketawe ?
*dan satu lagi ,orang yang lalu dekat dengan die ,kenape tak tolong die ?

bile aku balik rumah ,aku tertengok status dekat fb yang seakan akan kes aku ni ,
lepas tu ade orang komen dekat situ .


 bgus lar klu tersentuh hati 2...2 mkne nyer hati kte 2 terang lagi..tp klu tgk skadar tgk x rse ap2,,,pkir lar....



dalam hal ni ,bersyukurlah kite masih ade rase simpati terhadap golongan golongan seperti mereke yang kurang bernasib baek ni ,tu maknenye hati kite masih lembut dan ade belas kasihan .
mereke tak mintak dilahirkan cacat atau keadaan yang teruk bile dah tue .kan ?
fikir fikirkan lah ..